KETIBAAN Ruben Amorim sebagai pengurus baharu Manchester United memberikan era baharu buat kelab tersebut.
Pelantikannya diharap dapat memberikan sinar baharu sekali gus membawa kembali kegemilangan yang hilang di Old Trafford.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu diuruskan oleh Amorim sebaik tiba di Old Trafford selepas rehat bola sepak antarabangsa.
BACA LAGI: Kepulangan bek kiri sempurnakan minggu cemerlang fans Man United
BACA LAGI: Amorim diberi kata dua Man United sebelum tinggalkan Portugal
Cari pengganti Casemiro
Ia mungkin sukar untuk diterima oleh sesetengah penyokong United, tetapi tugas pertama Amorim adalah untuk mendapatkan pengganti Casemiro.
Walaupun dia adalah bintang utama United sekarang, tetapi faktor usia jelas menampakkan Casemiro sudah melepas puncak prestasinya.
Casemiro sudah melepasi puncak prestasinya.
Oleh itu, Amorim perlu menyelesaikan situasi tersebut dengan mendapatkan pemain baharu bermula jendela perpindahan Januari supaya United tidak ada masalah di posisi Casemiro.
Mungkin Amorim boleh cuba mendapatkan pemain-pemain di Sporting Club untuk dibawa ke Old Trafford.
Bangkitkan prestasi Onana
Satu lagi tugasan yang perlu dilakukan oleh Amorim adalah mendapatkan prestasi Andre Onana ke tempat sepatutnya.
Sebelum tiba di United, Onana dilihat sebagai antara penjaga gol berkualiti di Eropah. Namun sejak bersama United, dia sering melakukan kesilapan-kesilapan yang kemudiannya menjadi bahan jenaka penyokong lawan.
Onana sering melakukan kesilapan ketika beraksi.
Oleh itu, Amorim perlu mengembalikan prestasinya sekali gus menjadi penjaga gol yang berkualiti tinggi seperti Alisson Becker dan Ederson Moraes.
Jika Amorim mempunyai perancangan lain, mungkin dia akan mencari penjaga gol yang lebih sesuai dengan taktikalnya sekali gus menyingkirkan Onana.
Kekal atau jual Rashford?
Satu perkara yang perlu diuruskan oleh Amorim adalah mengenai masa depan Marcus Rashford.
Pemain buatan United itu sudah lama bersama kelab tetapi malangnya, Rashford tidak berjaya menepati jangkaan yang diharapkan dan gagal menjadi bintang utama kelab.
Sudah tiba masa untuk Rashford pergi?
Oleh itu, Amorim perlu membuat keputusan sama ada perlu untuk mengekalkan Rahsford atau tunjukkan kepadanya pintu keluar daripada kelab.
Jika Amorim masih nampak yang ada peluang untuk Rashford, dia masih boleh berikan peluang. Jika tidak, masanya untuk pemain itu ucapkan selamat tinggal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram