Harith Haiqal jadikan kritikan sumber motivasi demi Harimau Malaya


  • Podium
  • Selasa, 12 Nov 2024

Harith Haiqal tidak mahu kritikan dilontarkan terhadapnya mematahkan semangatnya di atas padang. — Facebook/FAM

SKUAD kebangsaan akan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Laos di Stadium PAT, Bangkok, Thailand pada Khamis sebelum berkelana ke Hyderabad untuk berdepan India empat hari kemudian.

Kedua-dua pertembungan itu sudah tentu diharapkan dapat menjadi suntikan semangat kerana dalam perlawanan terakhir pada Oktober lalu, Harimau Malaya mengalami kekalahan kepada New Zealand dengan ia menjejaskan kedudukan skuad kebangsaan dalam ranking FIFA.

Bagaimanapun, sokongan terhadap pasukan negara sedikit terjejas kerana penyokong seperti tidak mahu mengikuti perlawanan tersebut kerana masing-masing kurang yakin akan pilihan pengendali sementara, Pau Marti Vicente.

BACA LAGI: [VIDEO] Air mata jantan Harith Haiqal gugur, wakili pemain mohon maaf

BACA LAGI: Harith Haiqal anggap rahmat Ramadan bantu tersenarai berdepan Oman

HAPPY BIRTHDAY HARITH!   Selamat hari jadi diucapkan kepada pemain pertahanan, #GergasiMerah Harith Haiqal! Semoga panjang umur, murah rezeki dan berada di bawah lindunganNya sentiasa  Hantarkan ucapan selamat hari

Harith Haiqal merupakan antara tonggak pertahanan skuad Gergasi Merah. Facebook/Selangor FC

Antara yang menjadi sasaran orang ramai ialah pemain pertahanan, Harith Haiqal Adam Afkar selepas dia dikritik sepanjang beraksi di peringkat kelab mahupun skuad kebangsaan.

Tohmahan itu dilontarkan penyokong di media sosial apabila kurang yakin semasa dia diturunkan buat pertama kali buat Harimau Malaya ketika beraksi di Auckland, New Zealand.

Namun, kritikan dilemparkan kepadanya itu tidak mematahkan semangatnya untuk menampilkan aksi terbaik kerana dia melihat pandangan berkenaan hanya akan melonjakkan lagi semangatnya.

"Masing-masing ada hak untuk bercakap dan menilai. Bagi saya, saya sentiasa melakukan yang terbaik dan apa sahaja kritikan ke atas saya, saya terima tidak kira baik atau buruk.

462927440_1246985966374637_8648560592488463281_n

Harith Haiqal (24) kurang memberi impak ketika debut skuad kebangsaan. Facebook/FAM

"Seperti yang saya katakan, saya sentiasa memberikan yang terbaik dan tidak hiraukan apa orang cakap pasal saya. Rezeki saya dapat berada di sini dan saya rasa ia sudah cukup bermakna," katanya menurut laporan Stadium Astro.

Meskipun baru mencatat satu penampilan antarabangsa, Harith Haiqal sudah dipanggil beberapa kali untuk menyertai latihan pusat selain pernah beraksi dalam skuad belia negara.

Kebolehannya membaca pergerakan lawan menyaksikan bakatnya sering dipandang tinggi, lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat skuad Gergasi Merah yang berbangga akan kehadirannya dalam pasukan.

Sekiranya prestasi dimilikinya dapat diteruskan, pemain berusia 22 tahun terbabit sudah tentu akan menjadi tonggak pertahanan yang diharapkan dapat memacu kedudukan Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram