
BULU tangkis merupakan alatan asas dalam badminton. Untuk bermain sukan itu anda memerlukan bulu tangkis dan raket.
Namun begitu, tanpa kita sedar, bulu tangkis sebenarnya bukannya mudah untuk diperoleh. Ia mungkin dijual di pelbagai kedai alatan sukan, tetapi untuk mencari yang berkualiti tidak senang.
Disebabkan itu, ramai yang mencari jalan mudah untuk mendapatkan bulu tangkis yang tidak berkualiti di pasaran.
BACA LAGI: [VIDEO] Lin Dan tayang skil, pukul bulu tangkis cuma guna 4 tali raket
Setabung bulu tangkis lazimnya mempunyai 12 bulu tangkis.
Golongan ibu bapa lazimnya memilih jalan itu kerana mahu berjimat cermat dalam berdepan cabaran kos sara hidup.
Persoalannya? Adakah bulu tangkis sebenarnya ‘makan modal’ jika hendak dibeli? Seberapa mahalkah setabung bulu tangkis yang berkualiti?
Hasil tinjaun Majoriti, untuk mendapatkan setabung bulu tangkis tangkis berkualiti, sememangnya ‘makan modal’.
Harga paling rendah untuk mendapatkan setabung bulu tangkis yang baik lazimnya bermula daripada RM60. Dengan harga itu, pembeli akan memperoleh setabung dengan 12 bulu tangkis di dalamnya.
Harga sekitar RM60 itu adalah untuk setabung bulu tangkis berjenama yang kategori pertengahan. Bagi mendapatkan yang berkualiti tinggi, harganya lebih ‘keras’.
Lazimnya untuk setabung bulu tangkis berkualiti tinggi, harganya bermula daripada RM80. Tetapi untuk sesetengah jenis dan jenama, ia boleh mencapai RM120!
Tidak hairan kenapa ibu bapa memilih untuk mendapatkan bulu tangkis yang kurang berkualiti dan buatan plastik pada harga lebih murah kerana jika mahu dari jenis lebih baik, memang harganya agak mahal bagi sesetengah pihak.
Bulu tangkis jenama Yonex lazimnya dijual pada harga tinggi kerana kualitinya.
Di pasaran, terdapat bulu tangkis dijual dalam sekitar RM20 hingga RM30, namun kualitinya tidak begitu tinggi.
Akan tetapi, walaupun ada yang semurah itu, ibu bapa pasti memilih set raket dan bulu tangkis plastik yang harganya sama.
Ibu bapa boleh mendapatkan set tersebut pada sekitar harga RM20. Jika ingin berjimat, pastinya set itu menjadi pilihan.
Boleh dikatakan, untuk mendapatkan bulu tangkis yang elok memerlukan sedikit pelaburan. Dan tidak dinafikan, bukan saja ibu bapa, tapi kaki badminton yang lain terkesan dengan harga setabung bulu tangkis masa kini.
Ibu bapa perlu menabung dahulu sebelum dapat belikan setabung bulu tangkis yang berkualiti dan mampu memberikan ‘feel’ kepada anak-anak supaya mencintai sukan badminton. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram