Dilema bulu tangkis plastik, jadi pilihan ibu bapa kerana murah, cuma rampas 'feel' dan prospek milik anak-anak


  • Podium
  • Ahad, 03 Nov 2024

Bulu tangkis plastik menjadi pilihan ibu bapa.

UNTUK bermain badminton, ia memerlukan beberapa alatan untuk membolehkan ia dimainkan. Sebagai contoh, raket dan bulu tangkis.

Itu adalah dua alatan asas untuk bermain sukan itu termasuk mempunyai pemain mencukupi seperti dua orang bagi perseorangan dan empat untuk beregu.

Jika hendak adakan perlawanan badminton yang lengkap, ia memerlukan gelanggang yang sempurna serta jaring untuk memisahkan kedua-dua pemain.

BACA LAGI: [VIDEO] Lin Dan tayang skil, pukul bulu tangkis cuma guna 4 tali raket

BACA LAGI: Bangkit lepas 'ditampar' Kunlavut, Zii Jia anggap gangsa Olimpik bukti usaha keras

Namun begitu, bagi majoriti orang, mereka hanya membeli raket dan bulu tangkis dan bermain di mana-mana saja. Akan tetapi, tidak semua membeli bulu tangkis yang berkualiti.

Ada ibu bapa yang membeli set raket dan bulu tangkis yang kos rendah dijual di kedai barangan kos rendah. Lazimnya, set tersebut akan hadir dengan dua raket kayu dan sebuah bulu tangkis yang diperbuat daripada plastik.

tangkis (1)

Raket kayu dan bulu tangkis plastik jadi pilihan ibu bapa kerana kosnya rendah.

Pilihan tersebut dilihat lebih murah, dan lebih memudahkan ibu bapa untuk mendapatkan dua alatan penting badminton sekali gus membolehkan anak-anak bermain.

Akan tetapi, dari segi kualiti, ia tidaklah begitu baik. Raket kayu itu tidak mempunyai ketahanan yang tinggi sambil talinya lebih mudah untuk putus sementara bulu tangkis plastik lazimnya mempunyai bucu-bucu tajam di tepinya dan ia agak berbahaya kepada kanak-kanak.

Bagi ibu-bapa, harga memainkan peranan. Ditambah dengan kos sara hidup tinggi, menggunakan bulu tangkis plastik adalah pilihan. Pada mereka, biar asal ada walaupun kualiti mungkin menurun.

Mereka berpendapat bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu adalah lebih mahal harganya berbanding plastik. Oleh itu, bulu tangkis plastik menjadi pilihan.

Dalam masa yang sama, pilihan bulu tangkis plastik itu membuatkan ibu bapa terlepas pandang kepada rasa 'feeling' bermain menggunakan bulu tangkis sebenar.

Bagi majoriti kaki badminton, menggunakan bulu tangkis daripada bulu sebenar memberikan rasa nikmat apabila memukulnya terutama ketika smash dan melakukan slice shot.

Ibu bapa mungkin memilih jalan mudah untuk mendedahkan anak-anak kepada badminton dengan menggunakan bulu tangkis plastik yang berkualiti rendah kerana faktor kos. Tapi, mereka tidak sedar ia membuatkan feeling sebenar bermain sukan itu tidak mekar dalam jiwa anak-anak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram