STATUS pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menjadi tanda tanya selepas khabar angin mengatakan masanya di Stadium Likas menunju penghujung.
Walaupun dia berhasrat untuk kekal, tapi perancangan kelab mungkin berbeza dengan namanya berpotensi tidak lagi melatih skuad Sabah.
Namun begitu, nama Kim Swee sentiasa besar di Malaysia. Jika dia meninggalkan Sabah, pasti ada kelab sedia untuk menyambarnya.
BACA LAGI: Kontrak DOKS tidak disambung, bola sepak Sabah akan terkubur?
BACA LAGI: Kim Swee kecewa sikap pemain The Rhinos lepas dikecewakan PDRM
Selangor FC
Salah satu kelab yang berpotensi untuk membawa Kim Swee kembali semula ke Semenanjung Malaysia adalah Selangor FC.
Baru saja berpisah dengan Nidzam Jamil yang meletakkan jawatan, nama Kim Swee pastinya dalam pemerhatian pengurusan kelab jika mereka mahu mendapatkan pengendali berkaliber.
Nidzam Jamil melepaskan jawatannya sebagai pengendali Selangor.
Walaupun Selangor dikaitkan dengan ketibaan jurulatih dari luar, tetapi reputasi Kim Swee pasti boleh membuatkan pengurusan Selangor berfikir sejenak sama ada ingin menggunakan pengendali asing atau terus percaya pada bakat tempatan.
Skuad yang sedia ada sudah cukup ampuh, dengan sentuhan Kim Swee Selangor boleh maju ke depan dan mencabar kejuaraan.
Terengganu FC
Selain Selangor, Terengganu FC turut dilihat sebagai kelab yang mempunyai skuad berkualiti untuk disertai oleh Kim Swee.
Dengan mempunyai gabungan pemain tempatan dan import yang baik, Kim Swee pastinya mempunyai visi yang menarik untuk membawa Terengganu menjadi pesaing Liga Super digeruni lawan.
Steinbruckner ditamatkan kontraknya oleh Terengganu.
Dengan pemergian Tomislav Steinbruckner sambil Terengganu tidak terburu-buru untuk mendapatkan pengendali baharu, mungkin pengurusan boleh berpakat dengan Kim Swee untuk menjalin kerjasama bermula musim 2025/2026.
Jika Terengganu berjaya mendapatkannya, ia pasti disambut baik penyokong Terengganu yang terdesak mahukan jurulatih berkualiti menguruskan skuad kesayangan.
Sri Pahang FC
Salah satu destinasi wildcard yang boleh dituju Kim Swee adalah menyertai Sri Pahang FC dan cuba mengubah nasib kelab itu.
Kini tidak berprestasi baik apatah lagi mencabar kejuaraan, kehadiran Kim Swee boleh membantu Sri Pahang untuk kembali handal sekali gus bersaing hebat di kelompok atasan liga.
Pengaruh Fandi (kiri) dan Dollah (kanan) di Sri Pahang terlalu kuat.
Namun begitu, berbeza dengan Selangor dan Terengganu yang sudah mempunyai skuad ampuh, Kim Swee perlu diberikan jaminan oleh pengurusan Sri Pahang untuk membantunya mendapatkan pemain bersesuaian supaya boleh menaikkan semula Tok Gajah.
Jika Kim Swee ke Sri Pahang, ia mungkin menamatkan era Datuk Dollah Salleh yang sering sinonim dengan kelab Pantai Timur itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram