Salah mungkin pergi, Liverpool sasar bintang Brentford sebagai pengganti


  • Podium
  • Khamis, 07 Nov 2024

Mbeumo (kanan) mungkin menjadi pengganti Salah (kiri).

LIVERPOOL mungkin tidak akan bersama Mohamed Salah untuk tempoh yang lama lagi kerana sehingga kini usaha memperbaharu kontrak pemain itu tidak menampakkan perkembangan.

Setakat ini, kontrak Salah bersama Liverpool akan berakhir pada akhir musim ini dengan masa depannya masih menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong The Reds.

Namun begitu, seandainya dia Liverpool dan Salah memilih untuk berpisah, kelab itu perlu menghalakan fokus mencari penggantinya.

BACA LAGI: Bekas bintang Liverpool-Chelsea dedah bezanya Klopp berbanding Slot

BACA LAGI: ‘Saya tak pernah dive’, tegas Curtis Jones lepas Liverpool dapat penalti masa kalahkan Chelsea

Memetik laporan di England, Liverpool sedang memerhatikan dua pemain untuk menggantikan Salah dengan salah seorangnya adalah bintang Brentford, Bryan Mbeumo.

Mbeumo kini menghasilkan lapan gol daripada 12 penampilan musim ini dan pada usia 25 tahun, dia masih mempunyai potensi untuk menjadi bintang ternama sekali gus mewarisi tempat Salah.

brentford-v-vfl-wolfsburg-pre-season-friendly

Mbeumo berada dalam radar Liverpool.

Kontrak pemain itu bakal tamat pada musim panas 2026 dengan jika Liverpool benar-benar mahukannya, Brentford terpaksa menjualnya seandainya Mbeumo tidak mahu melanjutkan kontraknya bersama Brentford.

Jika Liverpool ingin mendapatkan Mbeumo, mereka perlu bersedia membayar £60 juta (RM340 juta) untuk membawanya ke Anfield.

Calon kedua yang mungkin menjadi sasaran Liverpool adalah pemain Bournemouth iaitu Antoine Semenyo.

Pemain itu mempunyai 10 penampilan liga musim ini serta menghasilkan empat gol dan satu bantuan gol. Pemain berusia 24 tahun itu kontrak yang lebih panjang di selatan England dan akan berakhir pada 2029.

Disebabkan itu, Liverpool dilihat lebih memilih untuk mendapatkan Mbeumo kerana kontraknya lebih pendek dan mungkin boleh memperolehnya dengan harga lebih rendah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram