MUSIM ini, Kuching City FC beraksi dengan baik dengan kelab Sarawak itu menghasilkan persembahan baik hingga menduduki kedudukan pertengahan liga.
Namun mereka tidak mahu berhenti di situ, sebaliknya The Cats berhasrat ingin cuba menembusi kedudukan empat teratas Liga Super.
Buat masa ini, Kuching menduduki tangga kelima dengan 18 mata dan cuma tiga mata di belakang Terengganu yang menduduki kedudukan keempat.
BACA LAGI: The Cats sempat ‘leading’, aksi Sri Pahang-Kuching City ditangguh kerana hujan lebat
BACA LAGI: Magis Aidil Sharin kembalikan era Ngap Sayot buat Kuching City FC
Shitembi (kiri) gembira di Kuching City.
Bagi pemainnya, Petrus Shitembi, dia nyata gembira melihat persembahan pasukannya tetapi tidak mahu terlalu leka dengan prestasi baik ketika ini.
Sebaliknya, dia mahu fokus satu demi satu perlawanan supaya hasil yang dimahukan berjaya diraih.
"Kami melakukan dengan baik setakat ini dan itulah fokus kami sekarang, iaitu fokus satu demi satu perlawanan dan cuba menikmati musim setakat ini.
"Bekerja di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak cukup baik, dia sentiasa mendorong kami melakukan sehabis baik dan saya rasa keputusan hasil usaha yang diberikan dapat dilihat.
"Dari waktu dia menyertai pasukan hingga sekarang, perbezaannya adalah ketara," ujar Shitembi.
Pemain dari Namibia itu mengakui amat gembira dengan masanya di Kuching. Baginya, kepulangan semula ke Borneo membantu meningkatkan kariernya.
Sebelum ini, Shitembi pernah bermain untuk Sabah FC pada 2020.
"Masa saya di sini sememangnya mengagumkan apabila dapat kembali semula ke Borneo.
"Formula untuk terus berjaya bukan lagi rahsia iaitu kerja keras, konsistensi dan berikan yang terbaik. Saya rasa ia semudah itu," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram