'On fire' di JDT, kepulangan Natxo Insa ke Harimau Malaya buat ramai tak senang duduk


  • Podium
  • Rabu, 06 Nov 2024

Natxo Insa (kanan) kembali semula ke skuad Harimau Malaya.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pada Rabu seramai 26 pemain dipanggil bagi dua aksi persahabatan antarabangsa bakal dihadapi skuad kebangsaan pada November.

Laos dan India akan ditentang oleh skuad Pau Marti dalam aksi yang akan diadakan pada 14 dan 18 November dengan Harimau Malaya akan bermain di tempat lawan.

Seperti kebiasaan, pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) menguasai panggilan dengan enam nama diseru oleh Marti.

BACA LAGI: Otai masih berbisa, kawalan tengah Natxo Insa 'cukup rasa' bantu JDT benam kelab China

BACA LAGI: Muncul ketika kecemasan, 3 kuda tua buktikan umur bukan penghalang jadi nadi pasukan

465893814_1130880058407969_6332235776500230442_n

Natxo kembali ke skuad kebangsaan buat kali pertama sejak Piala Asia.

Namun begitu, nama-nama yang dipinjamkan oleh JDT ke kelab lain turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan seperti Akhyar Rashid, Azam Azmi Murad dan Safawi Rasid (Terengganu FC), Syamer Kutty Abba (Penang FC) dan Haziq Nadzli (Perak FC).

Dalam banyak-banyak nama yang dipanggil, tumpuan terarah kepada panggilan semula pemain tengah veteran iaitu Natxo Insa.

Pemain tengah JDT itu dipanggil oleh Marti bagi menguatkan bahagian tengah selepas persembahan baiknya di peringkat kelab.

Rata-rata penyokong menyambut baik panggilan itu dengan mengharapkan Natxo akan membawa prestasi baiknya di peringkat kelab bersama Harimau Malaya.

Lebih penting, mereka mengharapkan prestasi Natxo akan beraksi lebih baik berbanding ketika kali terakhir dia bersama Harimau Malaya semasa Piala Asia 2023.

"Natxo dekat JDT tengah on fire, harap dekat pasukan kebangsaan pun perform juga," kata penyokong bernama Izkram Ibrahim.

"Harap bila main dengan Malaysia dia baguslah, bukan bila dengan kelab saja," ujar Ahmad Lizal.

"Natxo Insa yang kuda tua tu pun ada? Tak apalah, terserah kepada Pau Marti," komen David Lau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram