Hanya tinggal kata sepakat, Kedah bakal beralih tangan


  • Podium
  • Jumaat, 08 Nov 2024

KDA FC dan MMC bersetuju menyerahkan perbincangan berhubung terma-terma perjanjian dan syarat persetujuan kepada pihak peguam masing-masing.

KEDAH Darul Aman (KDA FC) dan Mahsuri Medical Centre (MMC) bersetuju untuk menyerahkan perbincangan berhubung terma-terma perjanjian dan syarat persetujuan kepada pihak peguam masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, pihaknya telah menerima maklum balas daripada KDA FC melalui surat mereka pada 7 November lalu.

"Diharapkan proses perbincangan antara peguam kedua-dua belah pihak dipermudahkan bagi mencapai kata sepakat dan persetujuan.

BACA LAGI: Kelab pertama bakal miliki hospital sendiri jana pendapatan, DSAT Group terus 'up' tawaran jika miliki Kedah

BACA LAGI: Macam tak jadi ambil Kedah, hasrat DSAT Group alih tumpuan ke Sabah FC juga seakan-akan terbantut

MMC

Maklum balas KDA FC kepada anak syarikat DSAT Group, Mahsuri Medical Centre.

"Pihak MMC mengucapkan jutaan terima kasih kepada KDA FC atas maklum balas yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Isu pengambilalihan KDA FC yang ketika ini berdepan isu kewangan kembali panas selepas syarikat DSAT Group Sdn Bhd melalui anak syarikatnya, MMC di Jitra dilaporkan berminat untuk memiliki kelab berpangkalan di Utara tersebut.

Pada 3 November lalu, pihak MMC yang diwakili Ketua Pegawai Operasi, Nazar Ahmad Md Noor dikatakan sudah menyerahkan surat tawaran untuk pengambilalihan KDA FC.

Pengerusi Eksekutif DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek memaklumkan pihaknya mahu mengambil alih 100 peratus saham KDA FC dan liabilitinya, tertakluk dengan terma dan syarat perjanjian.

Pihak pengurusan Sang Kenari sudah menghantar maklum balas kepada tawaran MMC secara serahan tangan pada 7 November 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram