Kelab pertama bakal miliki hospital sendiri jana pendapatan, DSAT Group terus 'up' tawaran jika miliki Kedah


  • Podium
  • Ahad, 03 Nov 2024

DSAT Group difahamkan cukup berminat untuk menjadi pemegang saham penuh skuad Sang Kenari. — Facebook/KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC akan menjadi kelab pertama mempunyai hospital sendiri sebagai salah satu sumber pendapatan sekiranya DSAT Group Sdn Bhd dapat mengambil alih kelab itu melalui anak syarikatnya Mahsuri Medical Centre (MMC).

Berita baik itu dikongsikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek di laman Facebook pada Ahad.

"Semoga dipermudahkan urusan dan terima maklum balas yang diharapkan oleh pemilik KDA FC dengan rasa tanggungjawab dan semangat juang untuk negeri dan rakyat Kedah tanpa mengharap keuntungan di sebalik masalah yang dihadapi KDA FC," tulisnya.

BACA LAGI: Ambil alih 100 peratus, Kedah ada masa 7 hari terima tawaran anak syarikat DSAT

BACA LAGI: Bintang import Korea sedih hidup ibarat pendatang haram, ejen minta FAM-MFL bertindak atau bawa kes ke FIFA

WhatsApp Image 2024-11-03 at 19.40.30

Pihak Mahsuri Medical sudah bertemu wakil KDA FC.

Menurutnya lagi, KDA FC akan mempunyai saham sebanyak 40 peratus dalam hospital swasta terbabit.

Tambahnya, banyak lagi syarikat yang akan dimiliki oleh KDA FC sekiranya DSAT Group mengambil alih KDA FC sebagai sumber kewangan kelab supaya tidak berharap kepada tajaan orang semata mata dan bantuan kerajaan negeri.

"Sekiranya DSAT Gorup memiliki KDA FC, 40 peratus saham Mahsuri Medical Centre diserahkan kepada kelab tersebut.

"Bukan itu sahaja, Kedah turut berpeluang untuk menjadi kelab bola sepak pertama di Malaysia yang mempunyai hospital sendiri sebagai sumber kelab dan banyak lagi termasuk kepentingan syarikat lain di bawah DSAT Group.

"DSAT Group juga akan menaiktaraf hospital ini ke tahap hospital swasta terbaik dan berpendapatan tinggi dalam tiga tahun ini agar dapat menjadikannya sebagai sumber pendapatan kepada KDA FC pada masa akan datang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram