KEDAH Darul Aman (KDA) FC dijangka kembali bernafas apabila pihak pengurusan kelab itu telah menghantar maklum balas kepada tawaran pihak Mahsuri Medical Centre.
Ia selepas satu perkongsian yang dikongsikan di laman Facebook itu seolah-olah menghidupkan kembali harapan Sang Kenari untuk beraksi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
"Pihak KDA FC telah menghantar maklum balas kepada tawaran pihak Mahsuri Medical Centre secara serahan tangan sekitar pukul 4.45 petang tadi pada 7 November 2024," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA LAGI: Macam tak jadi ambil Kedah, hasrat DSAT Group alih tumpuan ke Sabah FC juga seakan-akan terbantut
KDA FC sudahpun menghantar maklum balas kepada anak syarikat DSAT Group, Mahsuri Medical Centre.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada pihak pengurusan Kedah menerima atau tidak tawaran daripada anak syarikat kepada DSAT Group itu.
Sebelum ini, tular di media sosial yang mendedahkan bahawa anak syarikat DSAT Group Sdn Bhd itu mendapat arahan daripada Pengerusi Eksekutif mereka, Datuk Seri Azizul Tandek bagi menyatakan minat pengambilalihan saham KDA FC.
Bukan itu sahaja, mereka turut menawarkan hospital sendiri kepada KDA FC sebagai salah satu sumber pendapatan sekiranya DSAT Group Sdn Bhd dapat mengambil alih kelab tersebut melalui anak syarikatnya.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada lagi keputusan sahih yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak mengenai tawaran berkenaan.
Azizul juga setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap penerimaan KDA FC akan tawaran yang dibuat Mahsuri dengan ia merupakan anak syarikat kepada DSAT Group. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram