PERUBAHAN venue perlawanan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Perak FC mencetuskan perbalahan antara kedua-dua penyokong pasukan yang mempunyai pandangan berbeza mengenainya.
Kemarahan pasti lebih dirasai peminat setia skuad The Bos Gaurus (TBG) yang tidak bersetuju dengan pendirian Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana membuat keputusan secara terburu-buru.
Ini kerana mereka berasakan Stadium Manjung, Perak sudah cukup sesuai untuk menganjurkan aksi Liga Super itu, namun Stadium Sultan Ibrahim, Johor dipilih pihak pengelola liga.
BACA LAGI: Keputusan MFL, Perak FC satu penghinaan buat penyokong — Bekas YDP Majlis Perbandaran Manjung
BACA LAGI: Bertukar venue ke SSI, fans Perak beri pantun khas tanda kecewa
Aksi antara JDT dan Perak FC sudah ditangguh sebanyak dua kali. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Hal itu menyebabkan ketegangan antara satu sama lain dengan laman media sosial menjadi medan perdebatan hangat dengan penyokong mula melancarkan ejekan demi ejekan sejak keputusan tersebut dibuat.
Malah, baru-baru ini, pengikut setia Perak FC bertindak mengibarkan kain rentang bagi membantah perkara berkenaan yang ditujukan ke arah pihak pengurusan kelab Utara tanah air itu.
"Rumah kita di Perak, bukan sana! Shame on You, Perak FC!" tulisnya menggunakan cat berwarna merah dengan kain itu digantung di jejantas yang tidak dipastikan lokasinya.
Meskipun mereka jelas berang akan keputusan JDT dan MFL, kemarahan turut diajukan ke arah pihak atasan skuad TBG yang tidak mempunyai pendirian dalam mencari jalan penyelesaian.
Pertembungan Liga Super antara Perak FC dan JDT akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim. — Facebook/MFL
Mereka berpandangan pengurusan pasukan sepatutnya tidak hanya menuruti segala keputusan memandangkan Stadium Manjung sedia digunakan bagi aksi Liga Super tersebut.
Pertembungan antara JDT dan Perak FC sebelum ini ditangguh sebanyak dua kali berikutan hujan lebat sehingga menyebabkan padang di Stadium Perak, Ipoh yang merupakan venue permainan tidak sesuai digunakan.
Jadi, selepas MFL melakukan perbincangan, perlawanan itu akan diadakan pada Ahad ini di Stadium Sultan Ibrahim dengan skuad TBG masih berstatus pasukan tuan rumah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram