Penyokong Perak pilih boikot semua aksi ‘home’ Manjung, Ipoh susulan keputusan tukar venue perlawanan


  • Podium
  • Selasa, 05 Nov 2024

'Pemain ke-12' Perak memilih untuk memboikot perlawanan yang akan berlangsung di Ipoh atau Manjung susulan pertukaran venue. — Facebook/PerakFC

KEPUTUSAN pertukaran venue ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dekat Iskandar Puteri, Johor bagi perlawanan Liga Super musim 2024/2025 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Perak FC tampak tidak menggembirakan penyokong The Bos Gaurus (TBG).

Aksi Liga Super antara kedua pasukan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Perak dan Stadium Manjung itu ditunda sebanyak dua kali sebelum Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan SSI sebagai venue terbaharu.

Walaupun sudah menyatakan faktor keselamatan dan mengelak daripada jadual liga musim ini terus terganggu, tetapi penyokong skuad Seladang masih enggan menerima ia sebagai alasan untuk pertukaran venue.

BACA LAGI: JDT baik hati beri venue, Perak akan sediakan bas percuma untuk penyokong ke SSI — CEO

BACA LAGI: Lampu limpah Stadium Manjung tak lepas piawaian minimum antara faktor SSI jadi pilihan aksi Perak-JDT

Sehinggakan, segelintir penyokong pasukan Utara tanah air berkenaan memutuskan untuk memboikot perlawanan Perak yang akan berlangsung di Ipoh mahupun Stadium Manjung selepas ini.

"Rasanya, semua penyokong Perak Football Club boleh boikot dah semua perlawanan home di Manjung atau Ipoh," kata penyokong skuad TBG, Seladang Black Side.

"Baikot saja. Maaf lah tiket dua game sia-sia sahaja, baik beli beras," kata peminat skuad Seladang, Afendi Osman.

"Memang boleh tebus untuk perlawanan lain, tapi mereka kena faham yang kita nak tengok perlawanan dengan JDT itu di tempat kita," bagi penyokong Perak, Fazrizan Nain.

ala daldam

Pada 5 Oktober lalu, aksi Perak dan JDT ditangguhkan akibat hujan lebat dan permukaan padang yang tidak baik. — Facebook/PerakFC

Sebelum ini, Majoriti melaporkan bahawa Perak meluahkan rasa syukur mereka terhadap skuad Harimau Selatan atas pelawaan untuk menggunakan SSI sebagai venue perlawanan Liga Super pada Ahad ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif TBG, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi juga berkongsi bahawa akan menyediakan bas percuma kepada penyokong Perak FC untuk memudahkan perjalanan pergi dan pulang mereka ke Iskandar Puteri.

Terdahulu, kira-kira seramai 10,833 penyokong Perak hadir ke Stadium Manjung untuk memberikan sokongan kepada TBG sebelum semua diminta pulang susulan perlawanan ditunda kerana hujan lebat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram