SEBELUM ini, Pemangku Sultan Johor yang juga merupakan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan satu hint mengenai penglibatannya bersama skuad kebangsaan.
TMJ berkata yang bukan dirinya menyertai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti pernah dilakukannya sebelum ini, sebaliknya FAM akan menyertainya.
Kata-kata itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong? Adakah TMJ dan FAM akan kembali bergabung seperti sebelum ini yang menyaksikan Pemilik JDT itu menjadi presiden pada 2017?
BACA LAGI: Legenda Terengganu akui bola sepak Malaysia perlukan TMJ
BACA LAGI: 'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya', fans restu TMJ kembali terajui badan induk bola sepak negara
TMJ memberikan bayangan akan kembali terlibat dengan Harimau Malaya.
Bagi pemerhati bola sepak tempatan, Sadek Mustaffa, perkara paling penting buat masa ini bagi para penyokong adalah untuk tidak melakukan andaian.
Perkara yang lebih baik untuk dilakukan sekarang bagi penyokong adalah mengambil pendekatan "tunggu dan lihat" sambil menantikan pergerakan TMJ seterusnya.
"Kita tunggu sajalah, pada masanya keputusan akan dibuat. Saya rasa itu adalah lebih baik berbanding kita melakukan ramalan," kata Sadek kepada Majoriti.
Menjawab mengenai potensi kerjasama antara FAM dan TMJ, Sadek tidak menolak kemungkinan ia boleh berlaku tetapi bagaimana kedudukan Pemilik JDT itu menjadi tanda tanya.
Sekiranya TMJ kembali sebagai presiden, Tunku Ismail perlu menunggu sehingga Kongres FAM pada 2025 untuk bertanding jawatan tersebut.
Tetapi, jika perlembagaan dalam FAM membenarkan peralihan kuasa secara luar biasa. Ia mungkin membolehkan TMJ kembali menerajui badan induk bola sepak negara itu buat kali kedua.
"Saya tak boleh jangkakan yang ada rundingan luar biasa antara Presiden FAM dengan TMJ. Hal ini kerana, dalam persatuan sukan negara, mesyuarat itu perlu diadakan untuk membolehkan peralihan kuasa diadakan.
"Namun begitu, dalam situasi luar biasa, peralihan kuasa boleh dilakukan tanpa pemilihan sekiranya mendapatkan persetujuan semua pihak dalam persatuan. Jika FAM mempunyai akta tersebut, maka ia boleh dilakukan," ujarnya.
Sebelum ini, TMJ pernah memberikan satu lagi hint mengenai Harimau Malaya dengan sesuatu akan tiba pada 15 Disember kelak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram