Bintang Piala Dunia Korea Selatan antara ancaman terbesar JDT jumpa Ulsan HD


  • Podium
  • Selasa, 05 Nov 2024

Jo Hyeon-woo merupakan ancaman terbesar JDT bertemu Ulsan.

PERTEMUAN hangat di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Ulsan HD pastinya mendapat perhatian ramai pihak.

Kepulangan semula Kim Pan-gon ke Malaysia bersama Ulsan selepas meninggalkan Harimau Malaya empat bulan lalu menjadi sebahagian rencah perlawanan ini termasuk dengan rekod pertemuan lampau antara kedua-dua kelab.

Ulsan juga masih segar daripada ditabal sebagai juara K-League buat kali ketiga berturut-turut. Oleh itu, pastinya mereka ingin membawa semangat tersebut dan diterjemah kepada kemenangan buat kelab Korea Selatan itu.

Oleh itu, ada tiga pemain Ulsan yang dilihat mampu menjadi watak penting sekali gus menjadi bahaya buat JDT.

BACA LAGI: Lepas julang K-League, Kim Pan-gon terdesak nak tamatkan rekod buruk Ulsan jumpa JDT

BACA LAGI: Bidoglio optimis JDT bangkit usai dimalukan Gwangju, tak mustahil Selangor senasib Ulsan

Yago Cariello

Nama pemain import Ulsan ini merupakan watak paling berbahaya untuk JDT kawal kerana dia merupakan penjaring terbanyak Ulsan.

Cariello merupakan penyerang berusia 25 tahun yang menghasilkan gol terbanyak untuk Ulsan dalam saingan K-League sebanyak 12 gol. Jaringan tersebut turut dikongsi sewaktu dia bersama Gangwon FC.

restmb_idxmake

Cariello cukup tajam di pintu gol untuk Ulsan.

Buat masa ini, Cariello masih belum menghasilkan gol di pentas ACLE selepas tiga perlawanan. Dengan semangat menjadi juara masih segar, sudah pasti dia berselera untuk menjadikan JDT mangsa pertamanya di Asia.

Cariello merupakan penyerang yang sering beraksi di bahagian tengah. Oleh itu, pertahanan tengah JDT dijangka akan berdepan situasi sukar untuk mengawalnya.

Gustav Ludwigson

Jika tadi kita bercakap mengenai penggempur utama Ulsan, kini fokus akan dihalakan kepada arkitek yang menjadi punca kepada terhasilnya gol-gol Ulsan di K-League.

Ludwigson merupakan penghasil bantuan gol terbaik Ulsan musim ini dalam saingan K-League. Sebagai rekod, dia menghasilkan lima bantuan gol.

루빅손 '역전이다'    (울산=연합뉴스) 김용태 기자 = 25일 울산 문수축구경기장에서 열린 프로축구 하나원큐 K리그1 울산 현대와 전북 현대의 경기에서 울산 루빅손이 전북 골키퍼 김정훈의 공을 빼앗아 골을 넣은 후 환호하고 있다. 2023.2.25    yongtae@yna.co.kr/2023-02-25 15:57:45/

Bintang Sweden ini boleh menjaring dan mencipta gol untuk rakan sepasukan.

Walaupun begitu, rekod jaringannya adalah lebih baik dengan pemain dari Sweden itu menghasilkan tujuh gol sepanjang beraksi sebagai pemain sayap bagi Kim Pan-gon.

Oleh itu, jika Ludwigson beraksi baik bertemu JDT, dia mampu menghadirkan bahaya bukan setakat melakukan bantuan gol, malah mencetak jaringan untuk dirinya sendiri.

Jo Hyeon-woo

Nama ini pernah mencuri tumpuan ketika Piala Dunia 2018 apabila persembahan cemerlangnya pernah menghantar pulang Jerman sewaktu bertemu Korea Selatan.

Penjaga gol veteran itu bertindak cemerlang untuk Ulsan pada saingan domestik musim ini. Dalam saingan liga, Jo menghasilkan 14 nirbolos (clean sheet) dalam 36 penampilan.

Ulsan Hyundai FC (KOR) vs Kawasaki Frontale (JPN) during their AFC Champions League 2021 Round of 16 match at Ulsan Munsu Football Stadium on September 14, 2021 in Ulsan, Korea Republic. Photo by Seong Joon Cho / Power Sport Images for The AFC

Jo begitu cemerlang membantu Ulsan meraih gelaran K-League.

Cuma di peringkat ACLE, nasibnya kurang baik apabila memboloskan tujuh gol dalam tiga perlawanan dan Jo perlu membaikinya apabila bertemu JDT.

Jika Jo menghasilkan persembahan berkualiti di laman JDT, pastinya dapat membantu menghidupkan semula peluang Ulsan untuk ke pusingan kalah mati. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram