TONGGAK tengah Liverpool, Curtis Jones menafikan dia sengaja menjatuhkan diri untuk mendapatkan penalti buat pasukannya dalam aksi menentang Chelsea di Anfield pada Ahad.
Dalam perlawanan tersebut, Liverpool mengutip tiga mata penuh apabila menundukkan Chelsea 2-1.
Jones berjaya membantu Liverpool mendapat sepakan penalti yang disempurnakan Mohamed Salah untuk membolehkan pasukannya mendapat gol pertama.
BACA LAGI: Lee Mason berisiko dipecat gara-gara 'rompak' kemenangan Arsenal
BACA LAGI: Dapat rekomen David Beckham, pengurus kelab EPL sedia ganti Ten Hag kendali Man United
Dia sebelum itu dikasari oleh pertahanan pelawat, Levi Colwill di dalam kotak penalti.
Jones yang juga produk akademi Liverpool kemudiannya menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua, sekali gus memadam jaringan penyamaan diperolehi Chelsea menerusi penyerangnya, Nicolas Jackson.
Pemain tengah berusia 23 tahun itu menyifatkan keputusan pengadil John Brooks memberikan sepakan penalti adalah tepat.
Jones (kiri) menolak masuk gol kemenangan Liverpool dalam aksi pada Ahad. — Agensi
"Saya tidak pernah dive (sengaja menjatuhkan diri). Saya merasakan kekasaran itu, terjatuh dan ia adalah penalti," katanya kepada Sky Sports.
Dalam pada itu, Jones turut melahirkan kelegaan dengan jaringan yang dicatatkannya pada perlawanan tersebut.
"Ada masanya saya tiba di dalam kotak dan terus merembat pada sentuhan pertama. Sebaik sahaja Mo (Salah) mendapat bola, saya membuat larian, tetapi ia melantun.
"Jadi saya terpaksa mengawal bola terlebih dahulu, dan sangat gembira kerana dapat menolak bola masuk," ujarnya.
Keputusan itu mengekalkan Liverpool kekal berada di puncak Liga Perdana Inggeris.
Jones yang bergelut untuk diletakkan sebagai kesebelasan utama menjadi antara pemain berpengaruh membantu pasukan mengawal bahagian tengah padang dalam aksi menentang Chelsea pada Ahad. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram