Bekas bintang Liverpool-Chelsea dedah bezanya Klopp berbanding Slot


  • Podium
  • Isnin, 21 Okt 2024

Sentuhan Slot dengan gaya tersendiri dalam Liverpool. — Agensi

BEKAS penyerang Liverpool dan Chelsea, Daniel Sturridge mendedahkan perbezaan yang diambil Arne Slot dan Jurgen Klopp.

Berikutan kemenangan The Reds menewaskan Chelsea 2-1 pada Ahad di Anfield pada Ahad, Liverpool yang mengutip 21 mata kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berada satu mata di depan juara bertahan, Manchester City hasil jaringan Curtis Jones dan Mohamed Salah.

BACA LAGI: Gaji tak sangkut, cuma fans pelik kenapa Penang FC ‘toya’ berdepan kelab bernasib lebih malang

BACA LAGI: 'Budak baik' Penang takkan lupa detik jaring gol pertama Harimau Kumbang

Kelab tersebut telah memenangi tujuh daripada lapan perlawanan dalam liga musim ini dan memiliki satu-satunya rekod kekalahan mereka secara mengejut di tempat sendiri semasa menentang kepada Nottingham Forest.

4053437-82206388-2560-1440

Curtis Jones berjaya menjadring gol kemenangan 2-1 pada minit ke-51 semasa menetang Chelsea. Agensi

Slot telah melaksanakan tugas dengan gayanya di kelab baharunya itu walaupun hanya membuat satu pembelian perpindahan pemain selepas menggantikan Klopp.

Walaupun pengurus kelab itu sedikit berang ketika perlawanan kerana menerima kad kuning daripada pengadil yang turut diakui oleh dirinya sendiri bahawa ia layak diberikan, Slot kekal tenang dan bersemangat di atas padang.

viewers-stitches-jamie-carragher-demands-807911860

Daniel Sturridge. Agensi

Sturridge menyatakan kesukaannya terhadap gaya Slot mengemudikan pasukan The Reds dengan melakukan berapa pendekatan yang berbeza.

"Saya rasa ia menyegarkan. Saya tidak akan mengatakan Arne Slot tidak menyuruh pemain mengikut apa yang diarahkan, tapi semua orang tahu betapa Klopp suka mengarah-arah baik di atas padang mahupun di luar padang.

“Berada di rumahnya sebelum perlawanan adalah pemikiran berbeza untuk pemain dan ada kalanya mereka boleh berasa lebih rilaks dan santai ketika berada di rumah.

"Saya fikir, secara keseluruhannya pemain sudah tentu telah sebati kepada pengurusnya. Personalitinya dalam kedudukannya di dalam pasukan hadir dengan sangat baik.

"Jadi, apa sahaja yang dia rancang dan lakukan di belakang tabir jelas sekali berkesan dan semoga ia berterusan." katanya kepada Sky Sports.

Dengan kejayaan membawa pulang tiga mata penuh selepas mengalahkan pasukan Chelsea, Liverpool telah bersiap sedia dengan tugasan besar seterusnya minggu depan apabila anak buah Sloth akan hadir ke Emirates untuk menentang Arsenal. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram