KETUA Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee kecewa dengan sikap pasukan kendaliannya yang memandang rendah kebolehan pihak lawan.
Sang Badak terpaksa menelan pahit apabila tewas 0-1 di tangan PDRM FC menerusi gol tunggal Ifedayo Olusegun dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor saingan Liga Super pada Sabtu.
Susulan kekalahan tipis itu, Kim Swee menganggap bahawa sikap tersebut berlaku berikutan rekod baik Sabah sebelum ini yang berjaya meraih keputusan positif.
BACA LAGI: Siap jumpa TMJ, tetamu VIP saksikan JDT pesta gol benam Kelantan
BACA LAGI: [VIDEO] Pecah tembok besar, Sze Fei-Izzuddin juara Terbuka China 2024
Ifedayo Olusegun (kiri) muncul wira buat PDRM FC selepas menewaskan Sabah FC 1-0 di laman sendiri. — Facebook/PDRMFC
Dalam pada itu, Kim Swee berharap agar kekalahan itu dapat mendorong pemain untuk membuang terus mentaliti berkenaan kerana jika dibiarkan berterusan, ia bakal menyukarkan Sabah untuk memburu kelompok teratas liga.
“Jika mereka menganggap diri mereka bintang mengapa tewas kepada PDRM?. Saya telah menasihati mereka agar tidak memandang rendah mana-mana pasukan sekalipun.
“Apa yang telah kita lakukan sebelum ini tidak lagi penting. Jika kita tidak mengubah sikap tersebut, kita akan menghadapi musim yang sukar.
“PDRM menunjukkan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memperoleh tiga mata dan selepas mereka menjaringkan gol, mereka bertahan dengan baik. Kami mempunyai peluang untuk mencetak gol tapi mereka berjaya gagalkan usaha kami," katanya.
Menurut Kim Swee, anak-anak buahnya mampu membawa pulang tiga mata penuh apabila banyak mencipta peluang dalam aksi di laman lawan itu namun gagal disudahkan dengan baik.
“Jangan salahkan sesiapa, kita hanya perlu menyalahkan diri sendiri. Kami mencipta peluang tetapi gagal dan kita tidak boleh berbangga dengan prestasi sekarang.
“Kami gagal mengekalkan momentum kemenangan kami, dan kami mesti menyedari bahawa pasukan lain sedang menghasilkan rancangan permainan yang lebih baik. Kami perlu bangkit semula jika kami mahu mengembalikan musim kami ke landasan yang betul," kata Kim Swee.
Untuk rekod, kali terakhir Sabah meraih kemenangan adalah ketika bertemu Sri Pahang dengan keputusan 3-2 pada 9 Ogos lalu.
Selepas itu, Sang Badak tewas 1-2 kepada Selangor FC (13 Ogos) dan seri 1-1 berdepan Terengganu FC pada 15 September lalu. — The Star/T.AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram