Lepas julang K-League, Kim Pan-gon terdesak nak tamatkan rekod buruk Ulsan jumpa JDT


  • Podium
  • Sabtu, 02 Nov 2024

Kim Pan-gon (tengah) mahu Ulsan tewaskan JDT dalam pertemuan ACLE.

SELEPAS berjaya memastikan Ulsan HD meraih gelaran juara K-League 1 untuk tiga musim berturut-turut, Kim Pan-gon mempunyai misi seterusnya iaitu menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Bekas pengendali Harimau Malaya itu memasang impian untuk menamatkan rekod buruk kelab Korea Selatan itu apabila berdepan JDT dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada 5 November.

Sebagai rekod, Ulsan tewas tiga kali kepada JDT apabila beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

BACA LAGI: Dah happy di Ulsan, ekor HM desak Hamidin, FAM relakan pemergian Kim Pan-gon

BACA LAGI: 'Pan-gon tak jujur', Hamidin buka kisah sebenar, anggap FAM tak perlu dipersalahkan

465201608_18450114526070738_1633067248644272327_n

Ulsan mengesahkan kejuaraan K-League selepas menewaskan Gangwon 2-1.

Dalam masa yang sama, Kim mahu menamatkan rekod buruk Ulsan dalam fasa liga ACLE dengan mereka kini menduduki tangga tercorot Zon Timur dengan tanpa sebarang kemenangan selepas tiga aksi.

Ulsan tewas kesemua tiga aksi berdepan wakil Jepun iaitu Kawasaki Frontale (0-1), Yokohama F Marinos (0-4) dan Vissel Kobe (0-2).

"Saya benar-benar ingin meminta maaf kepada para penyokong Ulsan. Kami akan lakukan dengan terbaik untuk bangkit semula.

"Mungkin kami menunjukkan kepada kelab-kelab Jepun itu hormat yang terlalu tinggi, atau mungkin sebenarnya tidak cukup.

"Kekurangan dari segi persiapan membuatkan kami melakukan banyak kesilapan, kami tak boleh buat lagi begini," ujar Kim.

Perlawanan antara JDT dan Ulsan itu menarik minat ramai kerana ia adalah kepulangan semula Kim ke Malaysia selepas meletakkan jawatan daripada mengendalikan pasukan itu.

Kim meninggalkan Harimau Malaya pada empat bulan lalu dan menghasilkan reaksi kecewa majoriti penyokong. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram