Mourinho angkat Tottenham, Man United pasukan pilihan julang Liga Europa UEFA


  • Podium
  • Rabu, 23 Okt 2024

Manchester United dan Tottenham merupakan dua pasukan EPL yang bersaing dalam UEL musim ini. — Agensi

PENGURUS berpengalaman, Jose Mourinho meletakkan dua kelab lamanya, Manchester United dan Tottenham Hotspur sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Europa UEFA (UEL) musim ini.

Penilaian itu dibuat melihat kepada prestasi dan kebolehan kedua-dua pasukan itu meskipun skuad The Red Devils sedikit bergelut di peringkat domestik dan Eropah setakat ini.

Dia yang kini mengendalikan kelab Turkiye, Fenerbahce juga sempat melabel kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan berada dalam tahap berbeza berbanding pasukan lain.

BACA LAGI: ‘Terpaling’ bintang Man United mahu keluar kelab, bakal sertai rejim Jose Mourinho

BACA LAGI: [VIDEO] Jose Mourinho jadi saksi pelumba MotoGP siuu lepas memang 'race' di Portugal

fenerbahce-mourinho

Mourinho kini merupakan pengendali Fenerbahce yang beraksi di Turkiye dan UEL. — Agensi

"Sekiranya saya perlu memilih ketika ini, dua pasukan utama untuk menjuarainya ialah Manchester United dan Tottenham. Kelab EPL sememangnya di tahap berbeza.

"Ini dari segi kualiti, intensiti, kepantasan dan keupayaan teknikal, sememangnya berbeza daripada mereka yang lain. Esok, saya anggap kita akan berdepan salah satu daripada pasukan terbaik," katanya.

Mourinho sudah tentu tidak asing dalam kejohanan berkenaan kerana pernah menjuarainya sebanyak dua kali, iaitu bersama Porto FC pada 2003 sebelum mengulangi bersama The Red Devils pada 2017.

Pencapaian berkenaan sudah tentu mahu diulangi bersama Fenerbahce yang kini berada di kedudukan ke-13 carta UEL selepas mengumpul empat mata daripada dua perlawanan setakat ini.

2090646-43808130-2560-1440

Mourinho mempunyai dua gelaran UEL sepanjang berbelas-belas tahun menjadi pengurus. — Agensi

Cabaran besar juga menanti kelab berkenaan apabila mereka akan bertemu Manchester United dengan perlawanan itu diharapkan dapat memberi berita baik buat anak-anak buah Mourinho.

Dalam pada itu, pengurus berusia 61 tahun terbabit enggan memberi sebarang pandangan mengenai kualiti The Red Devils yang dikendalikan Erik ten Hag berbanding ketika berada di bawah pengurusannya.

"Saya meninggalkan mereka dengan perasaan tenang dan saya hanya mahukan yang terbaik buat mereka. Sekiranya situasi kurang menyenangkan terjadi, ini bukanlah hal yang menyebabkan saya gembira," katanya lagi.

Sepanjang berada di bawah kendalian pengurus Portugal itu, Manchester United menjadi salah sebuah pasukan terbaik dalam EPL yang pernah menjuarai satu gelaran UEL, Piala Liga dan Piala Sumbangsih. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram