‘Terpaling’ bintang Man United mahu keluar kelab, bakal sertai rejim Jose Mourinho


  • Podium
  • Selasa, 10 Sep 2024

Antony memberitahu United dia mahu berpindah dengan kelab itu bersedia mengusahakan perjanjian secara pinjaman.

ANTONY dilaporkan mahu beraksi secara pinjaman di luar Manchester United ketika dia mahu menyemarakkan semula kariernya.

Pemain sayap dari Brazil berusia 24 tahun itu mengharungi masa sukar di Old Trafford sejak berpindah dari Ajax dengan harga £86 juta (RM490 juta) pada 2022.

Dia hanya beraksi seminit dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini musim ini dan dilihat tidak mendapat perhatian di bawah kendalian Erik ten Hag.

BACA LAGI: 'Kekalkan Nidzam Jamil', fans Selangor tolak khabar angin Nafuzi Zain tinggal KDA sertai Gergasi Merah

BACA LAGI: 'Messi Filipina', Jefferson Tabinas antara 3 pemain wajar disambar kelab Liga Super

Pemain itu dikaitkan dengan perpindahan sepanjang musim panas ini, dengan beberapa kelab sudah menyatakan minat.

Menurut akhbar The Sun, Fenerbahce yang diurus bekas bos United, Jose Mourinho muncul sebagai kelab pendahulu untuk mendapatkan khidmat Antony.

Laporan itu menyebut Antony memberitahu United dia mahu berpindah dengan kelab itu bersedia mengusahakan perjanjian secara pinjaman.

Pemain sayap itu dikatakan turut menarik minat bekas kelabnya Ajax, di samping pasukan di Sepanyol, Perancis dan Arab Saudi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram