LEGENDA Terengganu FC, Hairuddin Omar menyifatkan bahawa bola sepak Malaysia memerlukan sentuhan daripada pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pandangan peribadi tersebut dilontarkan di laman Instagram miliknya yang melihat bahawa sentuhan daripada pemangku Sultan Johor itu amat penting untuk perkembangan bola sepak tanah air.
"Realitinya, bola sepak Malaysia memerlukan TMJ dalam semua aspek," katanya.
Hairuddin Omar atau mesra dengan sapaan Hai-O itu percaya bahawa sentuhan daripada Tunku Ismail sememangnya diperlukan dalam semua aspek.
BACA LAGI: 'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya', fans restu TMJ kembali terajui badan induk bola sepak negara
Tangkap layar Hai-O di laman Instagram miiliknya.
Sebelum ini, Tunku Ismail menerusi komen di ruangan Instagram baginda memberi bayangan bahawa satu kerjasama akan terbentuk bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.
Malah, pemilik kelab JDT itu turut mendedahkan bahawa baginda tidak akan menyertai FAM sebaliknya FAM yang akan menyertai baginda.
"Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya," kata baginda.
Susulan komen tersebut, ramai penyokong bersetuju sekiranya baginda kembali menerajui badan induk bola sepak kebangsaan itu.
Malah, ramai penyokong tanah air meletakkan harapan besar kepada Tunku Ismail untuk kembali memegang tampuk kepimpinan pasukan kebangsaan.
Ini kerana, hala tuju sukan itu kian malap kebelakangan ini lebih-lebih lagi dari segi pembangunan pasukan belia yang terus diabaikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram