HASRAT penyokong bola sepak tanah air untuk melihat sentuhan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memperkasakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pasukan Harimau Malaya mungkin akan menjadi kenyataan.
Ia berikutan selepas pemangku Sultan Johor itu memberi bayangan bahawa satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh yang terdekat.
Selain itu, pemilik kelab JDT itu turut mendedahkan bahawa baginda tidak akan menyertai FAM sebaliknya FAM yang akan menyertai baginda.
BACA LAGI: Maaf Sabah, ada 3 sebab slot ACL2 masih kekal milik Selangor musim depan
Tangkap layar komen di Instagram milik TMJ.
"Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya," katanya ketika membalas komen di Instagram miliknya.
Berikutan berita baik itu, ramai penyokong tanah air meletakkan harapan besar kepada Tunku Ismail untuk kembali memegang tampuk kepimpinan pasukan kebangsaan.
Malah, ramai penyokong bersetuju sekiranya baginda kembali menerajui badan induk bola sepak kebangsaan itu.
"TMJ adalah individu yang terbaik untuk FAM, dengan pencapaian TMJ bersama JDT, kita boleh nampak TMJ adalah orang yang terbaik untuk FAM," kata Penyokong Setia Johor.
"Memang makin padulah Harimau Malaya ini bila berada di tangan individu yang tepat," kata Muhamad Hafiz.
"Kalau JDT sudah mantap, tidak mustahil Harimau Malaya pun akan lebih bagus selepas di bawah kepimpinan TMJ," kata Rooney El Ron.
Tunku Ismail sebelum ini pernah bergelar Presiden FAM selama setahun sebelum meninggalkan pucuk kepimpinan pada Mac 2018. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram