KHABAR angin mengenai pengendali baharu skuad Gergasi Merah masih tidak terjawab sehingga hari ini apabila mereka masih dikendalikan Abdi Hassan dengan status ketua jurulatih sementara.
Meskipun perbezaan sudah disaksikan ketika skuad Gergasi Merah berjaya menundukkan Kedah Darul Aman FC, seseorang yang lebih berkaliber pasti dimahukan penyokong.
Ini kerana pasukan Lembah Klang itu kini sedang berentap dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two selain memburu slot untuk terus beraksi dalam pertandingan itu musim depan.
BACA LAGI: [VIDEO] Ledak gol jumpa Penang FC, Avanzini kongsi terima 'azimat' Bojan Hodak
BACA LAGI: Bakat muda TFC, pengambilalihan Kedah boleh buka pintu baharu buat Nidzam Jamil
Skuad Gergasi Merah masih mencari ketua jurulatih tetap. — Facebook/Selangor FC
Jadi, seseorang berkaliber dan berpengalaman diperlukan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Nidzam Jamil dengan beberapa calon sedang heboh diperkatakan di media sosial.
Salah seorang daripadanya ialah jurulatih kelahiran Croatia, Bojan Hodak yang tidak asing lagi dengan Liga Super kerana pernah bersama kelab berkualiti seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan.
Pengendali dengan kualiti sepertinya semesti dimahukan memandangkan dia pernah menjulang pelbagai kejuaraan selain berjaya membuktikan diri dalam Piala AFC bersama Kuala Lumpur (KL) City FC dua tahun lalu.
Namun, Bojan yang ketika ini mencurah bakti di Indonesia bersama Persib Bandung enggan mengulas lanjut mengenainya kerana menghormati kontrak antaranya dengan pasukan berkenaan.
Bojan Hodak mempunyai pengalaman dalam Liga Super bersama beberapa pasukan.
"Saya tahu kerana setiap kali Selangor FC mengalami perubahan kejurulatih, pasti ada khabar angin mengatakan saya akan dilantik mereka. Tetapi, saya masih ada kontrak di sini, itu sahaja," katanya seperti dilaporkan Okezone.
Pengendali berusia 53 tahun tersebut memilih untuk ke Indonesia pada pertengahan 2023 setelah meninggalkan skuad Warga Kota dengan harapan dapat meraih pengalaman baharu dalam kariernya.
Keputusan itu sememangnya tepat kerana dia berjaya membantu mereka menjulang Liga 1 Indonesia pada musim berkenaan selain membawa pulang Anugerah Jurulatih Terbaik.
Meskipun Persib Bandung masih berjaya memberi saingan di peringkat domestik, mereka sedikit bergelut dalam kempen ACL Two kerana hanya meraih satu mata dalam Kumpulan F selepas mengharungi tiga perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram