Maaf Sabah, ada 3 sebab slot ACL2 masih kekal milik Selangor musim depan


  • Podium
  • Khamis, 31 Okt 2024

Selangor FC masih berpeluang untuk mencuri slot ke saingan saingan Liga Juara-Juara AFC 2 sekiranya berjaya mengekalkan kedudukan kedua terbaik Liga Super.

SABAH FC dijangka berdepan kesukaran untuk mencuri slot ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi musim 2025/2026.

Meskipun kini berjaya mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super apabila meraih tiga kemenangan berturut-turut namun impian The Rhinos itu bakal terkubur.

Jika melihat kepada kedudukan carta liga ketika ini, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu sebenarnya mempunyai peluang untuk beraksi di pentas Asia sekali lagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemain muda Selangor Pistons disebut-sebut ada potensi, pelapis Azlan Alias jadi 'killer' negara

BACA LAGI: [VIDEO] Menang besar bertemu Sang Kenari tapi fans mahu Kim Swee rehatkan bintang muda The Rhinos

WhatsApp Image 2024-10-30 at 20.19.30

Sabah FC mengekalkan rentak kecemerlangan dalam saingan Liga Super apabila meraih tiga kemenangan berturut-turut.

Untuk rekod, Sabah pernah mewakili Malaysia untuk beraksi dalam saingan Piala AFC musim 2023/2024 namun terhenti pada separuh akhir peringkat zon.

Begitupun, peluang Sang Badak untuk mengulangi pencapaian itu dijangka disekat oleh pasukan yang kini menghuni tangga kedua liga, Selangor FC.

Dalam saingan ACL2 musim ini, skuad Gergasi Merah itu menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya menewaskan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC dan kini menerajui Kumpulan H dengan tujuh mata selepas meraih dua kemenangan dan satu keputusan seri setakat ini.

Melihat prestasi cemerlang Gergasi Merah itu, peluang untuk Sabah FC mencuri slot ke Asia semakin tipis.

WhatsApp Image 2024-10-30 at 20.24.03

Selangor FC meraih kemenangan berharga selepas menewaskan Jeonbuk dengan keputusan 2-1.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga sebab slot ACL2 musim depan masih milik pasukan Lembah Klang itu.

1. MBPJ kubu kuat

Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor menjadi bukti bahawa skuad Gergasi Merah itu menampilkan prestasi cukup cemerlang di laman sendiri.

Jika melihat kepada tiga perlawanan ACL sebelum ini, Selangor berjaya meraih keputusan positif iaitu dua kemenangan ketika bertemu Cebu (1-0) dan Jeonbuk (2-1) selain seri ketika bertemu kelab Thailand, Muangtong United.

Menariknya, dua kemenangan tersebut diperolehi di laman sendiri manakala keputusan seri tersebut dicatat di tempat lawan.

Ini membuktikan sorakan dan sokongan daripada penyokong The Red Giants mampu menjadi 'ancaman' kepada pasukan pelawat untuk menahan tekanan sorakan penyokong tuan rumah.

Mengukur pada prestasi liga tempatan pula, Selangor hanya mengalami satu kekalahan sahaja di laman sendiri iaitu ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) baru-baru ini.

Sembilan perlawanan membabitkan kelab tempatan menyaksikan Selangor memperoleh mata penuh sama ada dalam aksi Liga Super atau Piala FA.

Dengan status MBPJ sebagai kubu kuat, Selangor memiliki kelebihan besar untuk menjarakkan mata apabila Sabah FC bertandang ke Lembah Klang pada aksi timbal balik.

Untuk rekod, Selangor berjaya mencuri tiga mata ketika bertemu Sabah pada 13 Ogos lalu di Stadium Likas.

Sabah juga dilihat akan berdepan tugas berat apabila akan dijadualkan bertemu JDT pada perlawanan timbal balik kedua-dua pasukan.

WhatsApp Image 2024-10-30 at 20.10.53

Pemain tengah import dari Ghana, Alex Agyarkwa dilihat sudah kembali cergas sepenuhnya.

2. Kepulangan Alex Agyarkwa

Selangor FC dijangka akan menerima suntikan semangat apabila pemain tengah import dari Ghana, Alex Agyarkwa sudah kembali cergas sepenuhnya.

Sebelum ini Agyarkwa terpaksa berehat selama dua bulan akibat kecederaan yang dialami dalam aksi final Piala FA 2024 antara Merah Kuning dan JDT.

Bagaimanapun, kem Gergasi Merah menerima khabar gembira apabila pemain tengah berusia 24 tahun itu disenaraikan dalam senarai pemain simpanan aksi Piala MFL antara Selangor dengan JDT II pada 17 Oktober lalu.

Selain diturunkan bertemu JDT, Agyarkwa turut disenaraikan dalam perlawanan berdepan Kedah Darul Aman FC baru-baru ini.

3. Squad depth lebih meyakinkan

Salah satu kunci utama buat mana-mana pasukan yang mahu memberi saingan dalam liga adalah lambakan pemain dalam setiap posisi dengan mereka perlu bersedia sekiranya diberikan peluang.

Pendekatan itu dapat disaksikan apabila dua pasukan teratas, JDT dan Selangor FC memiliki pelbagai pilihan boleh diturunkan.

Dengan kualiti squath depth yang berkualiti, Selangor FC lebih bersedia menghadapi pertandingan dan mengekalkan prestasi yang konsisten.

Kehilangan mengejut Nidzam Jamil sebagai pengendali pasukan dijangka tidak memberi kesan kerana mana-mana pengganti tidak berdepan masalah untuk mengendalikan skuad sedia ada.

Ini kerana, Selangor mempunyai barisan pemain yang berkualiti sama ada bintang import mahupun tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram