Bakat muda TFC, pengambilalihan Kedah boleh buka pintu baharu buat Nidzam Jamil


  • Podium
  • Sabtu, 02 Nov 2024

Dalam atau luar negara? Nidzam ada pelbagai pilihan untuk meneruskan kariernya pasca Selangor.

PELETAKAN jawatan Nidzam Jamil membuka jalan baharu buat Selangor FC. Perginya dia, membuka ruang untuk nama lain mengambil alih.

Sambil itu, ia turut membuka lembaran baharu buat Nidzam untuk meneruskan karier kejurulatihannya di tempat baharu baik bersama kelab Malaysia atau luar negara.

Ada tiga destinasi menjadi pilihan, mana satukah yang bakal dituju oleh Nidzam?

BACA LAGI: Jika benar mahukan Nidzam Jamil, TFC perlu 'ikat' sebelum Piala Malaysia

BACA LAGI: Nidzam Jamil ikut langkah Nafuzi, 2 coach Liga Super termasuk JDT tinggalkan kelab sedang cemerlang

Terengganu FC

Salah satu daripada destinasi yang boleh dituju oleh Nidzam adalah dengan menyertai Terengganu yang turut ketiadaan pengendali selepas pemergian Tomislav Steinbruckner.

Dengan Badrul Afzan kini sebagai pengendali sementara, Nidzam boleh mengambil alih tugas tersebut sekali gus memulakan karier bersama Terengganu.

465153568_547082374699868_8153300779190359608_n

Badrul (kanan) merupakan pengendali sementara Terengganu.

Namun jika Terengganu berminat dengannya, jangan tunggu lama-lama. Seeloknya, biarlah disambar sepantasnya sebelum Piala Malaysia bermula.

Dengan Terengganu mempunyai barisan skuad yang baik, pastinya ia menjadi projek mengujakan buat Nidzam untuk dibangunkan dan menuai hasil apabila tiba masanya.

Kedah Darul Aman FC

Selain Terengganu, Nidzam mungkin boleh memikirkan potensi untuk menyertai Kedah Darul Aman sekiranya menerima tawaran daripada mereka.

Walaupun ia mungkin sukar untuk berlaku kerana Nafuzi Zain masih bersama mereka, namun situasi semasa Kedah terutamanya berkenaan isu pengambilalihan kelab mungkin boleh menarik Nidzam ke sana.

464863627_589321963448985_6912179823878807658_n

Adakah Nidzam berpotensi menggantikan Nafuzi?

Prospek mengendalikan Kedah adalah satu perkara yang menarik kerana saiz kelab itu yang besar ditambah potensi dimiliki dalam skuad itu. Sebagai jurulatih yang gemar menurunkan bakat tempatan, Kedah merupakan kelab sesuai untuk disertainya.

Namun, jika isu kewangan kelab masih belum selesai, mungkin prospek melihat Nidzam mengendalikan Kedah adalah satu perkara yang tidak akan berlaku.

Liga 1 Indonesia

Atau pun, apa kata melebarkan sayap ke Indonesia? Dari segi kualiti, mungkin Liga 1 Indonesia terkebelakang berbanding Liga Super, tetapi untuk kompetitif, ia adalah cabaran menarik untuk jurulatih muda seperti Nidzam.

Dengan pelbagai kelab di sana, serta perlawanan yang lebih banyak, pastinya akan menguji kredibiliti Nidzam sekali gus membuka ruang untuknya meraih pengalaman berguna di tempat orang.

463642811_18469045780014746_5591588797501288042_n

Bojan Hodak antara bekas jurulatih kelab Liga Super yang berkelana di Indonesia.

Nidzam juga berpeluang untuk bertarung dengan bekas pengendali Kuala Lumpur City FC iaitu Bojan Hodak dan mantan jurulatih Melaka United, Eduardo Almeida yang masing-masing sekarang bersama Persib Bandung dan Semen Padang.

Liga 1 Indonesia boleh menjadi destinasi menarik untuk Nidzam, ditambah dengan pengalaman mengendalikan Selangor semasa ACL2 pastinya akan buatkan 'saham'nya naik dalam kalangan kelab di sana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram