Noor al-Rawabdeh selamat jalani pembedahan ACL, masih didamba Gergasi Merah walau tiada lagi sentuhan Nidzam Jamil


  • Podium
  • Jumaat, 01 Nov 2024

Kehilangan Noor hanya merencatkan bahagian tengah skuad Gergasi Merah yang cukup tempang musim ini. — Facebook/Selangor FC

SKUAD Gergasi Merah terpaksa menelan kepahitan apabila kehilangan khidmat pemain tengah import, Noor al-Rawabdeh yang mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika berdepan PDRM FC pada Oktober lalu.

Dia yang wajar dilabel 'The Engineer' merupakan komponen penting buat skuad Gergasi Merah yang melangkah ke perlawanan akhir Piala FA di samping memberikan aksi konsisten dalam Liga Super.

Namun, berikutan kecederaan dialaminya itu, pemain berkenaan dilaporkan terpaksa berehat untuk sembilan bulan sebelum dapat kembali ke atas padang.

BACA LAGI: Noor jadi sebutan di pentas Asia, dicanang muncul watak penting Selangor di ACL2

BACA LAGI: [VIDEO] Liga M bukan tahap 'The Engineer', Selangor sedia kehilangan Noor Rawabdeh

WhatsApp Image 2024-11-01 at 7.32.08 PM

Selangor FC berkongsi keadaan semasa Noor selepas menjalani pembedahan lutut.

Bagaimanapun, Selangor FC tidak mahu berputus asa dengan bintang kebangsaan Jordan itu apabila tidak putus memberikan rawatan terbaik bagi mempercepatkan proses tersebut.

Dalam satu hantaran di Instastory kelab berkenaan, Noor dilihat sudah menjalani pembedahan di sebuah hospital tidak dikenali, kira-kira dua minggu selepas kecederaan terbabit.

Perkongsian tersebut dibuat berserta gambar pemain berusia 27 tahun berkenaan yang masih tersenyum walaupun lututnya dibalut dengan foto itu difahamkan diambil selepas pembedahan dilakukan.

"Alhamdulillah, Noor al-Rawabdeh sudah menjalani pembedahan lutut dengan jayanya. Syafakallah buat Noor, perjalanan untuk pulih bermula sekarang dan kami percaya anda akan kembali lebih baik," tulisnya.

WhatsApp Image 2024-10-30 at 8.07.25 PM

Abdi pasti mengharapkan kepulangan segera Noor dalam pasukannya. Selangor FC

Musim ini, pemain berkenaan sekali lagi membuktikan kepentingannya buat pasukan apabila kerap membantu skuad Gergasi Merah dalam situasi serangan mahupun pertahanan.

Jadi, tidak hairanlah kepulangannya amat dinanti-nantikan memandangkan peranan itu terpaksa dipikul Yohandry Orozco atau Mukhairi Ajmal yang turut dilanda isu kecederaan.

Harapan itu turut diletakkan meskipun skuad Gergasi Merah kini tidak lagi dikendalikan Nidzam Jamil dengan Abdi Hassan yang memikul peranan berkenaan secara sementara pasti amat menagih khidmatnya segera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram