
TERENGGANU FC ketika ini sedang berdepan dengan isu prestasi dan pada aksi berdepan Penang FC, mereka harus mengubahkan dan memperoleh tiga mata.
Perlawanan berdepan lawan yang turut bermasalah dari segi prestasi itu pada Jumaat dilihat penting kerana tiga mata yang diperoleh mana-mana kelab berpotensi menentukan hala tuju musim mereka.
Beraksi di laman sendiri, sudah pastinya Terengganu dahagakan kemenangan sekali gus menghidupkan semula misi mereka untuk ke Asia musim depan.
BACA LAGI: 'Ibarat final', aksi TFC-Penang berpotensi ‘hidupkan’ semula musim suram
BACA LAGI: 'Buat macam Terengganu', TMJ cadang pakai rumput Bermuda elak padang berlumpur
Oleh itu, Badrul Afzan perlu meletakkan barisan terbaik bagi mendapatkan tiga mata. Akan tetapi, penyokong berpendapat sudah masanya Safawi Rasid direhatkan.
Hal ini kerana, sudah beberapa perlawanan, Safawi tidak berada pada tahap terbaiknya dan itu menyumbang kepada suramnya prestasi Terengganu.
Penyokong nyata bosan dengan situasi tersebut. Oleh itu, mereka mahu melihat rombakan kecil dilakukan Badrul pada aksi berdepan Penang.
Mereka berpendapat, sudah masanya untuk Terengganu memberi peluang kepada Nik Sharif Haseefy diturunkan dan meletakkan Safawi seketika di bangku simpanan.
Nik Sharif sering dikenali sebagai pemain yang mempunyai kelincahan ketika beraksi. Malah, dia turut menghasilkan beberapa gol penting apabila diturunkan.
Jadi, tak salah untuk mencuba bukan? Mana tahu, ia akan membuatkan hasil ketika bertemu Penang.
"Kalau molek letaklah Nik Sharif pula, letak Safawi di bangku simpanan. Banyak perlawanan dah tak jadi," komen penyokong menggunakan nama Penyu Nelang.
"Letak si Nik Sharif tu main kesebelasan utama, dia masih berpotensi," ujar Adrian Mikail.
"Nik Shariff first eleven malam ni (Jumaat)," komen Azimi Azimi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram