Baru belasah Leicester, van Nistelrooy sudah rasa Man United sukar untuk ditewaskan Chelsea


  • Podium
  • Jumaat, 01 Nov 2024

Van Nistelrooy yakin United sukar ditewaskan jika semua pihak bersatu.

WALAUPUN era baharu belum lagi tiba di Manchester United, tetapi masa yang lebih baik seolah-olah sudah tiba buat kelab itu di bawah kendalian Ruud van Nistelrooy.

Pengendali sementara United itu mengujakan penyokong The Red Devils apabila mencatatkan kemenangan besar 5-2 ke atas Leicester City di pusingan keempat Piala Carabao pada Khamis.

Kemenangan besar itu membolehkan United mara ke pusingan seterusnya dan akan berdepan Tottenham Hotspur.

BACA LAGI: Laju buat kerja, Ruben Amorim mungkin kendali aksi Man United seawal aksi bertemu Chelsea

BACA LAGI: Man United, tolonglah jangan buat 3 kesilapan sama jika Van Nistelrooy cemerlang sebagai pengurus interim

Hasil kemenangan besar ke atas Leicester, van Nistelrooy menganggap yang United adalah kelab yang sukar untuk ditewaskan tetapi dengan syarat semua pihak bekerjasama.

Jika pemain dan staf kejurulatihan memberikan kerjasama dengan baik, sudah pasti lawan mereka seterusnya iaitu Chelsea akan mengalami masalah menewaskan United.

465017751_18484960897007078_2565106291064291505_n

United menewaskan Leicester untuk mara ke pusingan suku akhir Piala Carabao.

"Saya masih mempunyai kepercayaan terhadap itu (United menjadi ampuh). Tapi ia akan mengambil masa dan kerja keras.

"Kita sudah saksikan potensi yang ada dalam skuad pada musim ini, tapi jelas sekali potensi itu tidak kelihatan begitu kerap," ujar van Nistelrooy.

Menyedari dirinya sekadar pengendali sementara, Van Nistelrooy bagaimana pun berasa bangga dapat mengendalikan kelab dia pernah taburkan jasa selama lima tahun.

Menurut laporan di England, United begitu hampir untuk mendapatkan pengendali Sporting Lisbon, Ruben Amorim. Namun begitu, ketibaannya dijangka tertangguh dengan Amorim hanya akan menyertai United selepas rehat bola sepak antarabangsa.

Oleh itu, van Nistelrooy masih akan mengendalikan United sewaktu melayan kunjungan Chelsea pada pagi Isnin waktu Malaysia.

"Apabila saya kembali ke United pada musim panas sebagai pembantu Erik ten Hag, ia disebabkan saya percaya Manchester United boleh mendaki semula ke tahap yang saya tahu sebagai pemain.

"Walaupun hanya sebagai pengendali sementara, tapi saya terharu untuk menguruskan kelab yang saya cinta untuk selama mana saya disuruh melakukannya," kata van Nistelrooy. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram