PERTEMBUNGAN Liga Super antara Sri Pahang FC dan Kuching City FC di Stadium Temerloh, Pahang pada Sabtu terpaksa ditunda berikutan keadaan padang yang berlecak selepas 30 minit perlawanan berlangsung.
Skuad Tok Gajah yang ketika itu ketinggalan sudah tentu berpuas hati dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang berasakan permukaan padang tidak sesuai bagi meneruskan aksi berkenaan.
Namun, penyokong sudah tentu berasa berang akan penangguhan itu memandangkan badan pengelola liga tersebut tidak membuat pengumuman awal walaupun telah memantau keadaan selama beberapa jam.
BACA LAGI: Tukar venue di ACLE patut jadi manual MFL elak kontroversi Perak-JDT berulang
BACA LAGI: Aksi berdepan JDT ditangguh, Pengerusi Perak dakwa tak diberi ruang berbincang oleh MFL
Aksi Piala Malaysia dijadualkan bermula pada penghujung November.
Mereka juga pasti kurang senang dengan keputusan berkenaan apabila terpaksa menunggu tarikh baharu untuk perlawanan itu diteruskan dengan MFL perlu mengambil masa membuat perbincangan terlebih dahulu.
Perkara itu dikhuatiri akan mengganggu perjalanan Liga Malaysia, lebih-lebih lagi dengan musim tengkujuh sudah bermula yang pasti melanda negeri sekitar Pantai Timur.
Kegusaran tersebut semakin dirasai memandangkan kempen Piala Malaysia akan berlangsung kira-kira tiga minggu lagi yang pasti terjejas jika tiada langkah pencegahan awal diambil.
"Tidak boleh buat apa-apa sekiranya musim hujan begini, Piala Malaysia sudahlah bermula hujung bulan ini. Dengan ramalan cuaca tidak menentu, perlawanan pasti akan ditangguhkan.
Aksi antara Perak FC dan JDT ditangguh sebanyak dua kali akibat keadaan cuaca. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
"Main pada Januari atau Februari mungkin boleh diterima. Tetapi, sekiranya bermula bulan depan, sudahlah musim banjir hendak bermula," kata Biyen Hycool.
Musim ini, perlawanan Liga Super yang ditangguhkan akibat hujan lebat sudah disaksikan iaitu ketika Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) sepatutnya bertemu di Stadium Perak, Ipoh.
Namun, disebabkan keadaan padang tidak mengizinkan, tarikh aksi tersebut terpaksa diubah sebanyak dua kali dengan mereka akan dijadualkan berentap pada 10 November ini.
Sekiranya MFL masih tidak memikirkan keadaan cuaca, kebarangkalian masalah itu berulang adalah tinggi, lebih-lebih melihat kepada keadaan cuaca di seluruh negara kebelakangan ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram