BERAKSI di laman sendiri tidak memberi kelebihan buat Kelantan Darul Naim (KDN) FC apabila hanya mencatat seri 1-1 pada babak pertama menentang Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
Minit awal permainan menyaksikan kedua-dua pasukan bermula seimbang namun, pasukan pelawat dilihat semakin selesa dan menguasai padang berbanding kem tuan rumah yang cenderung lebih banyak bertahan.
Walaupun tidak banyak melakukan percubaan mencetak gol namun skuad Kijang Emas itu memanfaatkan situasi bola mati yang diberikan oleh pengadil perlawanan, Mohamad Faizudin Ismail.
BACA LAGI: 'Pemain rupanya problem', Sabah cetak 3 gol awal bikin Sikh Izhan campak botol air
BACA LAGI: Gugurkan Rodrigo Dias berdepan Sabah talian hayat terakhir Akmal Rizal bersama Penang
Sepakan percuma yang diberikan kepada Kelantan memberi gol pertama kepada Kijang Emas apabila sentuhan penyerang mereka, Washington Brandao menewaskan penjaga gol Pahang, Zarif Irfan pada minit ke-22 permainan.
Walaupun mendahului babak pertama dengan kelebihan satu gol namun jentera pertahanan Kelantan tergugat dengan kelincahan penyerang sayap Tok Gajah, Manuel Hidalgo yang tidak putus-putus melakukan percubaan.
"Ghaffar dengan Iran kena kerja keras main bagus sikit. Hidalgo itu, memang bahaya sayap Sri Pahang ini," kata penyokong Kelantan, Mohamad Shahrul.
"Kena perangkap dulu Hidalgo itu, lincah sangat dia," komen penyokong Tok Gajah, M Hafizuddin Ju'Ma.
Selepas 15 minit permainan, gawang pasukan kendalian Park Jae-hong dibolosi apabila Adam Nor Azlan berhasil mendapatkan jaringan penyamaan buat Tok Gajah selepas menerima hantaran daripada Hidalgo pada minit ke-59.
Terjahan pertahanan Sri Pahang, Azwan Aripin kepada tonggak tengah Kelantan iaitu Hakimi Abdullah memberi pasukan tuan rumah sepakan percuma namun gagal dimanfaatkan oleh pasukan tuan rumah.
Kontroversi terus berlaku apabila penyeran Kelantan, Layth Kharoub pula dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan tinggi kepada ketua pasukan Sri Pahang, Fadhli Shas pada masa tambahan babak kedua.
Kesilapan pemain antarabangsa Palestin itu membuatkannya terlepas beberapa perlawanan.
Keputusan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan masing-masing pasukan hanya membawa pulang satu mata dari Stadium Stadium Sultan Muhammad IV. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram