Amorim diberi kata dua Man United sebelum tinggalkan Portugal


  • Podium
  • Sabtu, 02 Nov 2024

Amorim diberi kata dua oleh United sebelum menyertai kelab itu.

PENGENDALI baharu Manchester United, Ruben Amorim sebenarnya menyimpan hasrat untuk bersama kelab itu pada penghujung musim.

Bekas pengurus Sporting Lisbon itu menyertai United sebagai pengganti Erik ten Hag yang dipecat kerana masalah prestasi The Red Devils dan akan memulakan tugas selepas rehat bola sepak antarabangsa.

Penyertaan pengurus muda itu ke United memberikan sinar baharu kepada kelab tersebut yang kini menduduki kelompok 10 terbawah Liga Perdana Inggeris (EPL).

BACA LAGI: 'Semua jurulatih perlukannya', Amorim perjelas sebab sertai Man United

BACA LAGI: Laju buat kerja, Ruben Amorim mungkin kendali aksi Man United seawal aksi bertemu Chelsea

Namun begitu, pengurus itu sebenarnya tidak bercadang menyertai United pada pertengahan musim dengan Amorim lebih memilih meninggalkan Sporting selepas tamat musim 2024/2025.

Akan tetapi, laporan dari Portugal menyebut, Amorim diberikan kata dua oleh United yang menyebabkan dia 'terpaksa' menyertai kelab itu dengan segera.

Laporan itu menyebut Amorim yang sudah sedia berminat menyertai United mesti menyertai kelab itu dengan segera. Jika dia tetap dengan keputusan untuk menyertai pada akhir musim, United menarik semula tawaran terhadapnya.

"Saya cuma lakukan satu permintaan kepada United iaitu untuk menyertai mereka pada akhir musim, saya ambil masa tiga hari untuk lakukannya.

"Tetapi mereka tidak benarkan, saya perlu pilih sekarang atau tiada langsung. Jika saya berkeras, mereka akan mencari calon lain," kata Amorim.

Amorim membuat keputusan begitu kerana dia sudah pun berada dalam tahun terakhir kontraknya bersama Sporting.

Dalam masa yang sama, Amorim memberi jaminan tidak akan mendapatkan mana-mana pemain Sporting ketika jendela perpindahan Januari tiba.

Sebaliknya, dia cuma membawa barisan staf kejurulatihannya ke United untuk membantunya di sana. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram