[VIDEO] Bukan benda baharu, tindakan boikot Ultras Malaya pernah buahkan hasil


  • Podium
  • Khamis, 31 Okt 2024

Ultras Malaya mengambil keputusan memboikot Pestabola Merdeka bagi menyuarakan rasa kurang senang terhadap FAM.

TINDAKAN kumpulan penyokong Ultras Malaya yang memboikot aksi Pestabola Merdeka pada September lalu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Sesetengah daripada mereka melihat tindakan itu adalah wajar demi membuka mata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sementara ada yang berasakan keputusan berkenaan hanya mematahkan semangat pemain.

Meskipun perkara itu sudah berlalu, bahang daripada tindakan mereka masih dirasai menjelang perlawanan persahabatan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 November depan.

BACA LAGI: Bila dah menang, fans buat-buat lupa boikot — Safee Sali

BACA LAGI: Boikot bukan tanda benci tapi sebab sayang, fans kekal pendirian tak datang SNBJ

IMG_4977

Pestabola Merdeka 2024 menjadi 'mangsa boikot' Ultras Malaya baru-baru ini.

Ini kerana peminat lain mengharapkan kumpulan berkenaan dapat menepikan konflik di luar padang dan hadir memberi sorakan gemuruh buat Harimau Malaya.

Tetapi, ramai seakan-akan gagal memahami pendirian sebenar Ultras Malaya sehingga mendesak mereka mengambil keputusan sedemikian yang dianggap enggan menyuntik sokongan berterusan buat skuad kebangsaan.

Jadi, untuk menceritakan motif sebenar tindakan berkenaan, seorang aktivis bola sepak lokal, AlFadil Awaludin tampil menceritakan hal tersebut menerusi sesi podcast SAMBANG anjuran Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM).

"Boikot ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam bola sepak tempatan. Saya rasa ia pernah berlaku pada 2017, iaitu ketika perlawanan akhir Sukan SEA atas sebab sistem penjualan tiket tidak teratur dan kucar kacir.

"Jadi, berbalik kepada soalan tadi, adakah relevan tindakan sedemikian, ketika itu mungkin relevan dan apa yang disampaikan menerusi tindakan boikot itu jelas dan nyata," katanya.

Dia yang juga dikenali sebagai Rambo sememangnya dikenali dalam kalangan pengikut setia bola sepak tanah air, lebih-lebih lagi daripada kumpulan UltraSel yang merupakan penyokong tegar Selangor FC.

Meskipun tidaklah begitu dikenali, dia sering meluahkan rasa kurang senang terhadap situasi semasa sukan berkenaan dengan ia sememangnya diharapkan ketika ini.

Jelasnya, tindakan memboikot ketika Sukan SEA 2017 membuahkan hasil kerana ketika ini, proses penjualan tiket lebih teratur selepas pengenalan transaksi secara atas talian.

"Bagi saya, keputusan ketika itu sesuatu yang perlu untuk mengubah sesuatu yang sering diperkatakan, namun tidak mempunyai perubahan. Jadi, kita memberi satu impak yang diberi semasa perkara tersebut hangat dibincangkan.

461971337_2280230539019948_112520059429445917_n

Ultras Malaya pernah melakukan tindakan sedemikian beberapa tahun lalu. Facebook/Ultras Malaya

"Sekiranya tindakan itu menimbulkan kekecohan, orang atasan yang saya lihat tidak mahu berasa malu, mereka akan lakukan apa yang orang ramai mahukan," katanya.

Semasa Pestabola Merdeka, Ultras Malaya memilih untuk tidak hadir dengan beberapa tuntunan seperti meminta rombakan FAM yang tidak lagi menunjukkan sikap kompetitif.

Di samping itu, mereka mahu pihak bertanggungjawab supaya segera menyelesaikan isu serangan asid terhadap pemain negara, Faisal Halim yang terus tidak terjawab sehingga hari ini.

Jika perubahan dapat disaksikan dalam masa terdekat, ini sedikit sebanyak menceritakan tindakan memboikot itu wajar meskipun pahit untuk ditelan pada awalnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram