SELEPAS berteka-teki mengenai lawan bakal ditentang pada rehat bola sepak antarabangsa pada November, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan bertemu Laos.
Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan pada Isnin, FAM mengesahkan akan bertemu Kemboja pada 14 November sebelum terbang ke Asia Selatan untuk berdepan India pada satu lagi aksi persahabatan antarabangsa.
Kedua-dua perlawanan tersebut akan menyaksikan Harimau Malaya beraksi sebagai pasukan pelawat.
BACA LAGI: Kena belasah New Zealand, ranking Harimau Malaya jatuh satu anak tangga
Menurut FAM, perlawanan berdepan Laos itu akan diadakan di Bangkok, Thailand dengan lawan Harimau Malaya tersebut akan bertindak sebagai tuan rumah.
Mereka akan beraksi menentang skuad Pau Marti terlebih dahulu sebelum berdepan Thailand pada 17 November untuk aksi kedua FIFA Matchday mereka.
Pengesahan FAM itu menamatkan teka-teki penyokong mengenai lawan kedua bakal diharungi Harimau Malaya selepas cuma satu negara ditempuh semasa FIFA Matchday pada Oktober berdepan New Zealand.
Sebagai rekod, Malaysia yang berada di ranking 133 dunia berdepan Laos di tempat ke-187 sementara India menduduki kedudukan ke-125.
Dua perlawanan tersebut dilihat penting buat Malaysia dalam misi memasuki Balang 1 bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 walaupun harapan semakin tipis selepas tumpas 0-4 kepada New Zealand.
Oleh itu, Malaysia wajib menang kedua-dua perlawanan supaya peluang memasuki Balang 1 itu berjaya direalisasikan walaupun sukar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram