Fans Indonesia bandingkan Hamidin dengan Erick Thohir, anggap bos PSSI lebih pandai atur aksi 'friendly'


  • Podium
  • Selasa, 29 Okt 2024

Erick Thohir membangunkan bola sepak Indonesia dengan baik.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan mereka akan berdepan dua pasukan iaitu Laos dan India untuk aksi persahabatan antarabangsa pada November.

Dua perlawanan tersebut adalah aksi terakhir Harimau Malaya sebelum undian pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 diadakan dengan Malaysia mensasarkan untuk berada di Balang 1.

Namun begitu, keputusan mengadakan perlawanan menentang Laos mendapat reaksi kurang senang daripada penyokong Harimau Malaya yang mengharapkan lawan lebih berkaliber ditentang skuad Pau Marti.

BACA LAGI: FAM sahkan Harimau Malaya jumpa Laos, India November ini

BACA LAGI: Kena belasah New Zealand, ranking Harimau Malaya jatuh satu anak tangga

WhatsApp Image 2024-10-29 at 14.24.40

Malaysia pernah mengadakan perlawanan bertemu Papua New Guinea.

Penyokong Harimau Malaya mengharapkan yang FAM mengatur perlawanan bertemu lawan yang berada pada ranking setara atau sedikit lebih baik dengan Malaysia berbanding Laos yang menduduki zon bawahan carta FIFA.

Keputusan FAM itu turut mendapat reaksi daripada penyokong Indonesia. Sebagai perbandingan, skuad Garuda melakukan lebih baik berbanding Harimau Malaya dengan mereka di pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Ketika mereka sibuk berdepan gergasi Asia untuk ke Piala Dunia, Malaysia pula berdepan lawan yang dianggap tidak kompetitif oleh penyokong dalam misi ke Piala Asia.

Oleh itu, seorang penyokong Indonesia membandingkan gerak kerja dilakukan oleh Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

WhatsApp Image 2024-10-29 at 14.24.41

Malaysia bertemu New Zealand pada Oktober.

Menurut penyokong Indonesia dikenali sebagai Afif, pendekatan diterapkan oleh Thohir dengan sering menemukan Indonesia dengan lawan lebih sukar adalah ingin membantu skuad Garuda jadi lebih matang dari segi permainannya.

"Hamidin suka mencari lawan yang dibawah tahap Harimau Malaya, atau pun lawan yang mereka boleh kalahkan. Disebabkan itu, tidak banyak perkara yang boleh dipelajari (ketika perlawanan) dan semasa pertandingan, sering menduduki tangga terbawah di setiap peringkat umur.

"Erick Thohir pula suka skuad Garuda melawan pasukan paling kuat untuk banyakkan pengalaman bermain (menentang pasukan kuat), dia tidak peduli jika Indonesia kalah kerana pasukan akan menjadi pasukan lebih baik semasa pertandingan sebenar," katanya.

Mungkin, pendekatan yang dilakukan oleh Thohir boleh diambil sebagai contoh buat Hamidin dan FAM dalam mengatur perlawanan persahabatan pada masa akan datang.

Jika jiran kita melakukannya dengan lebih baik, tak salah kita ikut, bukan? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram