Tinggalkan komen 'menyala' di Instagram import JDT, ramai tak sabar tunggu kehadiran bintang Gwangju bersama Harimau Selatan


  • Podium
  • Selasa, 29 Okt 2024

Skuad Harimau Selatan sudah tentu bercita-cita besar untuk terus memperkuatkan jentera serangan mereka. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

JENTERA serangan skuad Harimau Selatan ketika ini kelihatan cukup ampuh dengan 44 gol sudah dijaringkan dalam 12 perlawanan Liga Super dengan beberapa lagi turut dicatatkan semasa kempen domestik dan Asia.

Malah, kira-kira dua minggu lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi diperkuatkan dengan kehadiran bekas penyerang Real Madrid, Jese Rodriguez yang sebelum ini berstatus ejen bebas.

Tetapi, dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite, pasukan Selatan tanah air tersebut masih belum cukup meyakinkan, lebih-lebih lagi ketika tewas kepada Gwangju FC.

BACA LAGI: Kecewa tewas kepada JDT, namun Nidzam lega duo tonggak kembali kuatkan Selangor bertemu Kedah

BACA LAGI: Teruk dikritik, ini 3 sebab tak adil label Sharul Nazeem lubuk Selangor berdepan JDT

464129161_1120991359396839_3805459017003921134_n

Asani (kiri) yang menjadi tonggak Gwangju FC ketika berdepan JDT. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Kekurangan itu sudah tentu mahu diatasi pihak pengurusan kelab yang sememangnya memasang cita-cita untuk menjadi pasukan digeruni di peringkat Asia pada musim-musim akan datang.

Sasaran sepertinya sedang diletakkan JDT yang disebut-sebut tertarik dengan tonggak Gwangju FC, Jasir Asani selepas menjaringkan dua gol ketika pertembungan ACL Elite itu.

Pemain yang mempunyai penyudah cukup baik dan kebolehan membaca permainan itu sememangnya sesuai menyertai skuad Harimau Selatan melihat kepada pengalamannya di peringkat kelab serta antarabangsa.

Namun, harapan mendapatkan penyerang antarabangsa Albania itu sedikit sukar kerana berdasarkan maklumat, kontraknya bersama kelab Korea Selatan tersebut akan berakhir pada Disember 2025.

WhatsApp Image 2024-10-29 at 6.14.23 PM

Komen ditinggalkan Jasir Asani menimbulkan pelbagai spekulasi.

Bagaimanapun, baru-baru ini, bintang berusia 29 tahun berkenaan seakan-akan berminat untuk menyarung jersi JDT dalam masa terdekat melihat kepada petunjuk ditinggalkannya.

Ini selepas Asani meninggalkan komen di akaun Instagram pemain JDT, Eddy Israfilov selepas pertembungan Liga Super antara juara bertahan itu dengan Selangor FC pada Ahad lalu.

Komen ringkas yang memaparkan emoji api dan 'on top' itu tidaklah meluahkan hasratnya secara jelas, namun sedikit sebanyak memberi bayangan mengenai keterbukaannya untuk mewarnai Liga Super musim depan.

Ketika ini, skuad Harimau Selatan memiliki lambakan pilihan sebagai penyerang, termasuk Bergson da Silva, Heberty Fernandes dan Romel Morales dengan masing-masing sudah menunjukkan belang buat pasukan.

Tetapi, dengan kualiti dimiliki Asani di Korea Selatan dan Asia, peluang mendapatkan khidmatnya pasti sukar ditolak bagi pihak pengurusan JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram