Teruk dikritik, ini 3 sebab tak adil label Sharul Nazeem lubuk Selangor berdepan JDT


  • Podium
  • Selasa, 29 Okt 2024

Sharul Nazeem dikatakan punca skuad Gergasi Merah dibolosi sebanyak tiga kali di laman sendiri. — Facebook/Selangor FC

SKUAD Gergasi Merah sekali lagi mengalami kekalahan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika mereka menerima kunjungan pasukan itu di Stadium MBPJ, Selangor pada Ahad.

Meskipun memulakan perlawanan dengan bertenaga, kualiti skuad Harimau Selatan terlalu sukar untuk dipertikaikan sehingga menyaksikan tuan rumah sukar mencipta sebarang peluang.

Tidak cukup dengan itu, serangan demi serangan daripada pasukan bimbingan Hector Bidoglio amat berbisa buat Selangor FC yang gagal menghalang gawang mereka dibolosi sebanyak tiga kali sepanjang 90 minit permainan.

BACA LAGI: Afro, Agyarkwa sudah asah 'kuku', sedia turun jika Selangor perlukan bertemu PDRM

BACA LAGI: Lupakan Mats Deijl, lebih baik Pau Marti pantau 3 bek kanan 'underrated' Liga Super

464745408_18462385801006712_2421973800650834121_n

Persembahan Sharul Nazeem sepanjang berada di atas padang teruk dipersoalkan. Facebook/Selangor FC

Namun, masih ada penyokong tuan rumah yang tidak dapat dapat menerima hakikat itu apabila bertindak menunding jari ke arah beberapa pemain atas kekalahan berkenaan.

Pertahanan tengah, Sharul Nazeem Zulpakar merupakan antara yang teruk dipersalahkan kerana dirasakan gagal mengekang serangan bertali-arus dilancarkan JDT ke arah pintu gawang Selangor FC.

Dia yang diletakkan di samping Mohammad Abualnadi dan Umarbek Eshmurodov menerima cemuhan selepas perlawanan sehingga ada yang mula mengharapkan namanya digugurkan bagi baki musim ini.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian menyeluruh, pemain berusia 24 tahun itu tidak wajar dikritik secara terus, lebih-lebih lagi daripada penyokong pasukan itu sendiri.

1. Keutuhan 3 serangkai serangan JDT

Melihat kepada kesebelasan utama diletakkan Bidoglio, perubahan tidak terlalu ketara dibuat dengan Arif Aiman Hanapi, Romel Morales dan Bergson da Silva diletakkan.

Ketiga-tiga mereka sememangnya gandingan cukup baik sepanjang musim ini meskipun Heberty Fernandes selalunya menjadi pilihan utama berbanding Romel.

Jadi, tidak hairanlah apabila serangan bertali-arus pasukan pelawat sukar dikekang, lebih-lebih lagi di bahagian sayap yang menerima bantuan daripada Juan Muniz dan Oscar Arribas.

464861169_1124611762368132_5845092914286495614_n

Gandingan Arif Aiman (kiri) dan Bergson sekali lagi sukar disekat Selangor FC. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Sharul Nazeem yang beraksi sebagai bek tengah di bahagian kanan untuk membantu Quentin Cheng sepatutnya tidak dipersalahkan memandangkan dia perlu bekerja keras menutup peluang pihak lawan.

Di samping perlu memerhatikan pergerakan Romel, bek Harimau Malaya itu juga perlu mengawasi hantaran Arribas dalam situasi serangan balas daripada skuad Harimau Selatan.

Oleh itu, melihat kepada prestasi barisan pertahanan pada Ahad, kelima-lima pemain pertahanan wajar dipersoalkan kerana tidak bersama-sama dalam mengekang pergerakan lawan.

2. Gol Romel bukan kesilapan individu

Seperti dikatakan di atas, barisan pertahanan Selangor FC wajar dipersalahkan sepanjang 90 minit permainan kerana gagal menghalang benteng mereka daripada dibolosi sebanyak tiga kali.

Hal itu dapat diperhatikan secara lebih mendalam ketika gol pertama JDT yang dijaringkan Romel selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma Juan Muniz.

Bagi penyokong, jaringan berkenaan tidak boleh terhasil sekiranya Sharul Nazeem dapat menutup peluang kepada penyerang naturalisasi negara berkenaan.

464725375_1124611932368115_5505803564198576045_n

Romel (kiri) diasak berkali-kali oleh Sharul Nazeem sepanjang perlawanan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Tetapi, sekiranya gol itu diperhatikan secara lebih teliti, skuad Gergasi Merah secara kolektif perlu dipersalahkan kerana masing-masing tidak memikul peranan dengan baik.

Nikola Jambor yang memiliki kelebihan fizikal sepatutnya peka akan situasi bola mati itu dengan bersedia untuk menghalang bola daripada memasuki kawasan berbahaya.

Selain itu, Selangor FC sepatutnya tidak memberikan sepakan penalti buat anak-anak buah Bidoglio, terutamanya dengan kualiti sepakan percuma daripada Juan Muniz mahupun Arif Aiman.

3. Perubahan posisi jadikannya kekok

Sebelum ini, Sharul Nazeem lebih kerap diletakkan sebagai bek sayap kanan meskipun kebolehannya untuk melakukan hantaran lintang tidaklah terlalu memukau.

Ini kerana Nidzam Jamil sebagai pengendali kagum akan kebolehannya selepas bertahun-tahun beraksi sebagai pertahanan tengah yang lasak dan kental.

464780381_1082149243916803_5687589597993043987_n

Quentin Cheng (kiri) diletakkan sebagai bek kanan dalam kesebelasan utama. Facebook/Selangor FC

Namun, dalam pertembungan itu, pemain kelahiran Batu Pahat, Johor itu secara tiba-tiba beraksi sebagai bek tengah dengan peranan membantu Quentin Cheng dalam situasi bertahan.

Perubahan itu pasti membuatkan Sharul Nazeem sedikit kekok apabila dia tidak diberikan 'lesen' untuk melakukan serangan dan bebas daripada posisinya dalam barisan pertahanan.

Meskipun dia sememangnya meyakinkan sebagai pertahanan tengah sebelum ini, pertukaran peranan itu sedikit sebanyak sukar diterimanya, lebih-lebih lagi ketika berdepan pasukan sebaik JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram