Aura TFC masih kuat, Faisal Halim dan bekas bek import tak lupa ucap hari jadi 'Pep Malaysia'


  • Podium
  • Isnin, 28 Okt 2024

Pada musim 2022, Nafuzi menaikkan kedudukan Terengganu di tangga kedua Liga Super dan menjadi naib johan Piala FA selepas tewas 1-3 di tangan JDT. — Facebook/TFC

BUKAN hanya cemerlang sebagai pakar taktikal, malah jurulatih kelahiran Kelantan, Nafuzi Zain turut dikenali sebagai pengendali yang mudah didekati oleh anak-anak buahnya dan orang sekeliling.

Keperibadian pengendali berusia 46 tahun berkenaan dapat dilihat apabila kebanyakan bekas anak didiknya masih terus berhubung dengan Nafuzi walaupun sudah tidak bergelar sebagai pemainnya.

Ia dapat dibuktikan apabila baru-baru ini menyaksikan bekas pemainnya di Terengganu FC (TFC) seperti pemain kebangsaan negara, Faisal Halim dan bekas bek import Sang Penyu iaitu Pape Diakite antara yang menitip ucapan hari jadi kepada Nafuzi.

BACA LAGI: Setia sampai hujung musim, 3 coach ketepikan sentimen isu gaji demi kelab tercinta

BACA LAGI: Wajah Nafuzi tergambar rasa ralat Helang Merah cicirkan mata

Menerusi laman Insta Story, Faisal memuat naik ucapan hari lahir kepada pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC itu sambil meletakkan gambar mereka sewaktu bekerjasama di kem Terengganu pada musim 2021 hingga 2022.

Diakite turut memuat naik gambarnya ketika bermain di bawah kendalian Nafuzi pada musim sambil menulis kapsyen 'Selamat hari jadi Nafuziball, semoga diberikan kehidupan dan kesihatan yang lebih baik Pep Malaysia'," ucapnya pada Ahad.

Kedua-dua pemain itu beraksi di bawah bimbingan Nafuzi pada musim 2021 hingga 2022 dan ia merupakan dua tahun cemerlang Terengganu apabila berhasil menghuni kedudukan keempat Liga Super musim 2021.

Pada tahun terakhirnya pula, Nafuzi menaikkan kedudukan Terengganu di tangga kedua Liga Super dan menjadi naib johan Piala FA selepas tewas 1-3 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT).

WhatsApp Image 2024-10-28 at 13.46.33 (1)

Tangkap layar ucapan Diakite kepada Nafuzi.

Pengaruh Nafuzi terhadap para pemainnya juga kelihatan apabila beberapa anak didiknya seperti Habib Haroon dan Manuel Ott sanggup mengikutinya berpindah ke KDA FC pada musim 2023.

Personaliti Nafuzi terus mengagumkan penyokong domestik apabila setia bersama skuad Sang Kenari meskipun kini Kedah dalam keadaan terumbang-ambing dek masalah kewangan yang berlarutan.

Bayangkan sahaja, Nafuzi kekal bersama Kedah sejak pasukan Sang Kenari dilanda masalah kewangan pada pertengahan musim lalu meskipun ketika itu jurulatih berusia 45 tahun itu dikhabarkan menerima tawaran dari pasukan gergasi seperti Selangor FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram