SAINGAN Liga Super kembali dengan enam aksi akan diadakan selepas rehat aksi bola sepak antarabangsa.
Selangor FC antara kelab yang turun beraksi pada Sabtu dengan mereka berdepan PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang bagi mencari tiga mata.
Sebelum itu, Selangor ada beraksi bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Piala MFL pada Khamis dan menurunkan beberapa pemain dari skuad senior demi mencari minit permainan.
Walaupun beraksi di Piala MFL, mereka dijangka boleh diturunkan bertemu PDRM dengan Nidzam Jamil boleh menggunakan tiga nama untuk menguatkan pasukan.
BACA LAGI: Tinggalkan Selangor terus tunjuk impak, import Jordan cemerlang bantu lonjak kelab baharu
Sharul Nazeem
Nama ini sering menjadi pertahanan tetap dalam skuad Selangor untuk beberapa musim sejak dia menembusi pasukan utama hingga berjaya bermain untuk Harimau Malaya.
Namun sejak akhir-akhir ini, nama Sharul Nazeem sering diturunkan ke skuad Piala MFL Selangor dan itu kekal sehingga sekarang.
Sharul sering diturunkan dalam skuad Piala MFL Selangor.
Dengan minit permainan yang berjaya diraihnya, berkemungkinan ia boleh meyakinkan Nidzam Jamil bagi meletakkannya dalam skuad utama Selangor apabila berdepan PDRM.
Musim ini menyaksikan Shahrul Nazeem sering diletakkan sebagai pertahanan kanan dan bermain baik dalam posisi tersebut. Bertemu PDRM, dia mungkin boleh menyumbang sesuatu positif kepada Selangor apabila diturunkan.
Alex Agyarkwa
Satu lagi nama yang boleh diturunkan untuk berdepan PDRM adalah pemain import iaitu Alex Agyarkwa.
Mengalami kecederaan sewaktu perlawanan akhir Piala FA, pemain tengah itu dalam proses untuk kembali ke kecergasan sepenuhnya dengan beraksi dalam beberapa aksi Piala MFL.
Agyarkwa semakin hampir untuk pulih daripada kecederaan.
Dengan sudah bermain dalam beberapa perlawanan, Agyarkwa dilihat semakin bersedia untuk diturunkan dengan aksi bertemu PDRM boleh menjadi aksi Liga Super pertamanya sejak mengalami kecederaan.
Kehadirannya ke skuad utama Selangor boleh memberikan suntikan semangat kepada barisan tengah yang memerlukan pemain bersifat bertahan sepertinya.
Izwan Yuslan
Satu lagi nama menarik yang boleh ditonjolkan oleh skuad utama Selangor semasa berdepan PDRM adalah Izwan Yuslan.
Izwan antara nama yang berjaya memboloskan gawang JDT semasa aksi Piala MFL. Namun jaringannya tidak cukup untuk menghalang Selangor daripada tumpas 1-2.
Izwan (kanan) menjaringkan gol ketika bertemu JDT.
Sungguh pun begitu, namanya boleh difikirkan oleh Nidzam untuk diselitkan dalam skuad apabila bertemu PDRM. Setiap kali diturunkan, Izwan sering mempamerkan persembahan mengujakan penyokong.
Barisan serangan Selangor cukup ampuh ketika ini dan ia mungkin sukar untuk Izwan dimasukkan, tetapi jika diturunkan dia perlu menggunakan peluang yang ada sebaiknya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram