KEDAH Darul Aman FC walaupun berada dalam keadaan sukar akibat isu kewangan, mereka dilihat berpeluang untuk meneruskan rekod kemenangan mereka selepas menewaskan Terengganu FC.
Berdepan PDRM FC pada Jumaat, Kedah boleh meneruskan momentum meraih kemenangan dengan cuba meraih tiga mata berdepan Sang Saka Biru walaupun mereka adalah pasukan yang sukar dijinakkan.
Namun begitu, untuk memastikan tiga mata dalam genggaman, Kedah perlu meletakkan penyerang import iaitu Milos Gordic di bangku simpanan dan mempertaruh Ebenezer Assifuah.
BACA LAGI: Kedah boleh tersenyum, terima sumbangan RM300,000 daripada individu pemurah
BACA LAGI: Anggap gol jumpa Kedah yang terbaik, Paulo Josue kekal komited bersama KL City
Berprestasi teruk
Sejak musim bermula, penyokong Kedah sering menjadikan Gordic sebagai sasaran kritikan kerana dia tidak mempamerkan prestasi baik setiap kali diturunkan.
Sebagai pemain import, Gordic tidak menepati jangkaan tinggi daripada penyokong Kedah hinggakan dia hanya menjaringkan gol ketika bertemu lawan dari divisyen bawah seperti Bukit Tambun FC.
Gordic (kanan) tidak berprestasi baik sepanjang di Kedah.
Disebabkan prestasinya tidak begitu cantik, mungkin Nafuzi Zain boleh meletakkannya di bangku simpanan dan memberikan peluang kepada Assifuah sebagai penyerang.
Jika peluang diberikan, mungkin Kedah mampu mendapatkan jaringan daripada pemain tersebut sekali gus meraih kemenangan.
Malah dengan khabar yang mengatakan dia tidak dapat pulang melihat bayi baharunya akibat masalah gaji kelab itu, sedikit sebanyak fokus Milos boleh terganggu untuk berdepan PDRM yang mempunyai rekod baik menentang kelab besar.
Cipta gandingan mantap Assifuah-Syafiq
Aksi bertemu PDRM boleh dijadikan peluang buat Nafuzi mencipta gandingan melibatkan Assifuah dan Syafiq Ahmad.
Kedua-dua pemain mempunyai kualiti tersendiri sebagai penyerang dan jika Nafuzi mampu mencari titik persamaan antara mereka, satu gandingan mantap pasti dapat dihasilkan.
Syafiq (kanan) boleh bergandingan baik dengan Assifuah.
Berdepan lawan yang berkualiti seperti PDRM, jika gandingan Assifuah-Syafiq berjaya menghasilkan impak ia akan menimbulkan keterujaan dalam kalangan penyokong Kedah.
Ditambah Syafiq sendiri pernah menggegarkan gawang PDRM dengan gol terpantas Liga Super musim ini, ia boleh menjadi tonik tambahan bagi gandingan tersebut menghasilkan impak.
Ketajaman Assifuah
Satu kualiti yang tidak boleh dinafikan dalam Assifuah adalah ketajamannya di pintu gol. Pada musim lalu, dia menjadi penjaring terbanyak Piala MFL dengan 16 gol.
Malah pada musim ini, Assifuah sendiri menunjukkan ketajamannya sebagai penyerang dengan menghasilkan beberapa gol penting terutamanya semasa bertemu musuh tradisi, Penang FC.
Jika dia diberikan peluang untuk diturunkan, peluang melihat impaknya boleh terjadi jika Assifuah berhasil menembusi pertahanan PDRM.
Dibantu dengan sokongan penyokong sendiri, pastinya peluang menghasilkan gol itu ada untuknya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram