Purple League lahirkan ramai alumni seperti Aaron-Wooi Yik, sayangnya kalau dibiar terkubur


  • Podium
  • Ahad, 27 Okt 2024

Aaron Chia-Soh Wooi Yik antara alumni Purple League.

TIDAK dinafikan, Malaysia merupakan salah satu kuasa besar badminton dunia. Saban tahun, kita menghasilkan pelbagai nama yang kemudiannya meraih pelbagai kejuaraan antarabangsa.

Malah pada masa sekarang, negara kita tetap mempunyai pemain-pemain badminton berkualiti yang digeruni pihak lawan seperti Lee Zii Jia, gandingan Pearly Tan-M. Thinaah dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Tapi tahukah anda? Gandingan Aaron-Wooi Yik sebenarnya antara produk keluaran liga badminton, Liga Ungu Malaysia atau Purple League satu masa dulu?

Kini menggoncang dunia

Walaupun tempoh penganjuran Purple League hanya bertahan selama lapan tahun, tetapi mereka berjaya menghasilkan beberapa nama yang kini merupakan sandaran skuad kebangsaan.

Kelab Badminton Petaling atau Petaling BC antara penghasil kepada bakat-bakat badminton negara menerusi Purple League. Beberapa nama terlibat dalam skuad beregu negara seperti Chen Tang Jie dan Man Wei Chong yang teguh bersama Toh Ee Wei dan Tee Kai Wun.

Malaysia's Toh Ee Wei and Chen Tang Jie celebrate winning their mixed doubles badminton group stage match against China during the Paris 2024 Olympic Games at Porte de la Chapelle Arena in Paris on July 29, 2024. (Photo by David GRAY / AFP)

Chen Tang Jie kini membentuk gandingan baik bersama Toh Ee Wei dalam beregu campuran.

Tetapi, produk terbaik dihasilkan Purple League boleh diberikan kepada pasangan Aaron-Wooi Yik kerana prestasi dipamerkan mereka sekarang adalah cerminan daripada pengalam diraih mereka dari liga tersebut.

Malah, pemenang Purple League pada musim 2016/2017 itu merupakan sandaran utama negara dalam beregu lelaki dalam memburu kejuaraan terutamanya ketika acara berpasukan seperti Piala Thomas.

Ketika ini, pasangan Aaron-Wooi Yik adalah beregu lelaki terbaik di negara kita dan mereka membuktikan beberapa kali di pentas tertinggi.

Permulaan dan pendedahan menerusi Purple League dilihat menjadi batu loncatan buat mereka sebelum berjaya menembusi tingkat lebih tinggi dalam karier badminton.

Jangan biar ia terkubur

Melihat kepada hasil yang dilakukan oleh Purple League, ia memberi isyarat supaya liga itu tidak sepatutnya dibiarkan terkubur begitu saja.

Lapan tahun penganjuran adalah tempoh yang masih 'hijau' dalam mana-mana liga sukan. Jika ia diteruskan dan kekal berpanjangan, pasti Purple League mampu menjadi sebuah liga sukan yang hebat di negara kita dan disegani.

553 (2)

Purple League boleh membantu menghasilkan lebih ramai bintang badminton negara.

Dengan perkhabaran ia akan kembali semula pada 2025, pastinya peminat badminton boleh menumpukan perhatian kepada liga tersebut ditambah dengan visi baharu Purple League yang mahu mengutamakan pemain muda.

Visi Purple League untuk mengutamakan pemain muda dilihat sebagai proses jangka panjang mereka dalam menghasilkan bintang badminton negara pada masa akan datang.

Ia mungkin memakan sedikit masa, tetapi jika kepercayaan diberikan sepenuhnya, kita mungkin dapat melibat produk seperti gandingan Aaron-Wooi Yik, Tang Jie dan Wei Chong dihasilkan. Malah, mungkin lebih ramai dan lebih hebat.

Dan siapa sangka, mungkin kita akan saksikan pemenang pingat emas Sukan Olimpik terhasil daripada 'kilang' Purple League. Siapa tahu? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram