RANKING Harimau Malaya jatuh satu anak tangga daripada kedudukan 132 kepada 133 dunia dalam satu kemas kini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
“Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 133 dunia, turun satu anak tangga berbanding 132 pada kemas kini terdahulu, 19 September 2024.
“Kemas kini seterusnya 28 November 2024,” kata FAM di laman Facebooknya.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Harimau Malaya sebelum ini tewas 0-4 kepada New Zealand pada aksi persahabatan antarabangsa 14 Oktober lalu.
Dalam aksi antarabangsa seterusnya pada November depan, pasukan kebangsaan dijadual bertemu India yang berada di ranking ke-125 dunia di tempat lawan.
Harimau Malaya pernah berada di kedudukan ke-130 ketika di bawah kendalian bekas jurulatih Korea, Kim Pan-gon.
Ia adalah ranking terbaik Harimau Malaya dalam tempoh 17 tahun selepas pernah menduduki tangga 124 pada 2006.
Menerusi semakan di laman sesawang FIFA, ranking tertinggi negara adalah 75 yang dilakar pada 1993.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram