'Jangan terkejut kalau Selangor naik tocang, layan JDT macam lawan Jeonbuk'


  • Podium
  • Khamis, 24 Okt 2024

Selangor bakal bertemu JDT di laman sendiri pada Ahad.

SELANGOR FC mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors pada Liga-Liga Juara AFC 2 (ACL2) pada aksi peringkat kumpulan mereka.

Ia dilihat sebagai tonik terbaik untuk Selangor yang bakal berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super pada Ahad.

Melihat kepada persembahan menentang Jeonbuk, Gergasi Merah dilihat berjaya bangkit apabila diperlukan terutamanya dalam perlawanan penting.

BACA LAGI: Bidoglio optimis JDT bangkit usai dimalukan Gwangju, tak mustahil Selangor senasib Ulsan

BACA LAGI: JDT kononnya simpan pemain demi lawan Selangor hanya usikan media sosial — Pemerhati

464330053_18461614606006712_642199956044295530_n

Ali Olwan (kiri) antara bintang Selangor yang cemerlang berdepan Jeonbuk.

Bagi pemerhati sukan tempatan, T. Avineshwaran, dia menganggap persembahan Selangor berdepan Jeonbuk sebagai efisien.

"Apa yang digunakan oleh Nidzam Jamil adalah menggunakan detik-detik tertentu untuk mendapatkan sesuatu. Maksudnya, Nidzam tidak begitu tekankan di bahagian corak permainan, tetapi lebih kepada bagaimana hendak mengambil peluang.

"Pada saya, sistem bertahan dengan tiga pemain itu begitu baik. Paling mengejutkan adalah persembahan Mo Abualnadi kerana dia adalah seorang pemain pertahanan yang cenderung untuk menyerang, tapi pada perlawanan itu dia bertahan dengan baik," kata Avinesh kepada Majoriti.

Menyedari aksi bertemu JDT adalah satu ujian yang berbeza dengan Jeonbuk, Avinesh berkata yang penyokong Selangor perlu faham seandainya Nidzam mengambil pendekatan bertahan walaupun bermain di tempat sendiri.

Hal ini kerana, mereka pastinya sudah mempelajari apa yang berlaku ketika beraksi di perlawanan akhir Piala FA yang menyaksikan Selangor tumpas 1-6 kepada JDT.

464353293_18461614567006712_1545586819062560701_n

Yohandry Orozco (tengah) boleh menjadi nadi serangan Selangor berjumpa JDT.

"Saya harap mereka boleh tampil serius ketika berdepan JDT sama seperti berdepan Jeonbuk. Saya pasti Nidzam ada perancangan tersendiri, tapi yang pasti, dia tidak akan bermain permainan terbuka sama seperti perlawanan akhir Piala FA.

"Namun begitu, perlawanan juga turut diadakan di Stadium MBPJ yang lebih kecil dan padat dengan penyokong, penyokong boleh memainkan peranan mereka menghasilkan suasana yang sukar untuk pemain JDT hadapi.

"Tetapi, penyokong juga kena faham jika Selangor main secara bertahan, kerana JDT ada ramai pemain berkualiti serta pemain terbaik di Malaysia. Jika mereka mahu kalahkan JDT, mereka harus fokus pergerakan berpasukan sambil mengharapkan kualiti individu sekali-sekala," jelas Avinesh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram