Bergson akui bukan mudah, bek Selangor akur nasib kurang menyebelahi


  • Podium
  • Isnin, 28 Okt 2024

Bergson kini mempunyai 16 gol Liga Super.

PENYERANG Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva mengakui bukannya mudah untuk dia dan rakan sepasukan menembusi pertahanan Selangor FC.

Walaupun berjaya menewaskan Gergasi Merah 3-0 dalam aksi Liga Super pada Ahad, tetapi Bergson yang merupakan pendahulu carta penjaring terbanyak dengan 16 gol berasakan Selangor memberikan cabaran sengit JDT.

Dalam perlawanan itu, Bergson menjaringkan dua gol termasuk satu jaringan oleh Arif Aiman.

BACA LAGI: Dimalukan JDT tapi ideologi Nidzam Jamil turunkan 'Selangor B' menangi hati fans Gergasi Merah

BACA LAGI: 'Syabas JDT', TMJ luah rasa bangga lepas Harimau Selatan benam Selangor

464861169_1124611762368132_5845092914286495614_n

Arif (kiri) dan Bergson (kanan) tampil menyerlah dalam aksi bertemu Selangor.

"Perlawanan malam ini (Ahad) juga sebenarnya bukan mudah dan mereka (Selangor) ada pemain yang bagus di mana kami juga sukar untuk menembusi pertahanan mereka.

"Selangor sentiasa menjadi pesaing yang kuat tetapi hari ini (Ahad) kita buktikan kita masih berada di atas untuk saingan Liga Super," kata Bergson menerusi MFL.

Walaupun sedang berada di puncak carta penjaring terbanyak, tetapi Bergson mengakui kejayaan berpasukan adalah lebih penting buatnya.

Baginya, jumlah gol yang banyak adalah perkara kedua dalam fikiran penyerang dari Brazil itu.

"Sangat gembira dapat bagi kemenangan ini kepada pasukan sebab kita semua begitu bekerja keras untuk terus berada di atas.

"Tetapi, jumlah gol daripada saya adalah perkara kedua kerana yang paling penting untuk saya adalah kemenangan JDT dalam setiap perlawanan dan saya gembira untuk membantu," ujarnya.

Bagi pertahanan Selangor, Quentin Cheng, perancangan mereka terganggu apabila JDT berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama.

Pertahanan kanan Selangor itu mengakui yang mereka ada cuba mengubah strategi tetapi ia tidak berhasil untuk menembusi pintu gol JDT.

"Kita dah cuba berikan yang terbaik, tetapi tidak bernasib baik untuk menang dan kita tahu JDT antara pasukan terbaik yang ada di Malaysia, jadi memang susah kalau nak dapatkan keputusan yang baik menentang mereka.

"Walaupun ketinggalan, kita cuba juga untuk ubah bagi lebih tekanan di separuh masa kedua tetapi masih tidak menjadi dan kami akur dengan kekalahan ini," komen pemain Harimau Malaya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram