KEDAH Darul Aman FC menampilkan persembahan kompetitif apabila mereka turun menentang PDRM FC dalam aksi Liga Super pada Jumaat.
Skuad Sang Kenari yang memburu kemenangan di laman sendiri berjaya memperoleh dua gol namun salah satunya dibatalkan kerana ofsaid hasil sentuhan Syafiq Ahmad.
Namun, mereka berjaya memperoleh gol menerusi Cleylton Santos pada minit ke-30 untuk membolehkan mereka mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.
BACA LAGI: Milos Gordic perlu masuk 'peti sejuk', tiba masa Nafuzi taruhkan Assifuah gempur PDRM
BACA LAGI: Selain Selangor, Syafiq Ahmad dan momen Bergson kena sepak jadi saksi JDT tundukkan pemenang ACL
Di sebalik rekod baik pemain import itu menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut, ramai yang tertarik dengan persembahan baik oleh Milos Gordic.
Gordic yang beraksi buruk sepanjang musim menunjukkan peningkatan apabila membantu jaringan Kedah sekali gus membolehkan Sang Kenari mendahului.
Walaupun begitu, Kedah tidak dapat meneruskan momentum itu apabila mereka memboloskan gol pada separuh masa kedua.
Aremu Timothy yang menghasilkan jaringan ketika bertemu Selangor FC menjadi duri dalam daging buat Kedah apabila golnya menafikan tiga mata buat Sang Kenari.
Walaupun tidak tewas, tetapi Sang Kenari pastinya sedikit hampa kerana melepaskan gol pendahuluan dimiliki mereka.
"Milos Gordic pun banyak membantu tadi, gelecek pun dah OK," kata penyokong bernama Shah Budin Ismail.
"Milos Gordic sedap malam ni," ujar Fitri Hasan.
"Bola dari Gordic, disudahkan oleh Cleylton," komen Mohamad Yusob yang berpuas hati. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram