Risau bakat terkubur, Abe dinasihat terima tawaran pindah kelab 


  • Podium
  • Rabu, 23 Okt 2024

Rahadiazli musim ini tidak tampil dalam sebarang perlawanan Terengganu. — Instagram/Abe

SETIAP kelab mempunyai bintang dalam pembikinan mereka namun tidak semua prospek berkenaan akan menjadi pemain seperti yang diingini kelab dek isu kecederaan dan masalah prestasi.

Contoh jelas prospek yang kian tenggelam dari arena bola sepak Malaysia ialah penjaga gol utama Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim apabila musim ini dia tidak mencetak sebarang penampilan dalam saingan Liga Super.

Pemain berusia 23 tahun berkenaan sebelum ini boleh dianggap sebagai pelapis Syihan Hazmi untuk mengemudi Harimau Malaya namun Rahadiazli sukar berada di tahap cemerlangnya usai kembali dari kemelut kecederaan.

BACA LAGI: JDT kononnya simpan pemain demi lawan Selangor hanya usikan media sosial — Pemerhati

BACA LAGI: Prospek JDT II sertai 'awayday' ke Korea, ramai tunggu lampu hijau debut skuad senior

Penyokong berpendapat bahawa kemerosotan Rahadiazli atau lebih dikenali sebagai Abe itu berpunca daripada cara pihak kejurulatihan dan pengurusan TFC menguruskan penjaga gol tinggi lampai berkenaan.

Sejak kurang mendapat minit permainan di saingan domestik pada musim lepas, keyakinan anak jati Setiu berkenaan semakin menurun dan masalah tersebut merebak sehingga ke tahun ini.

Justeru itu, tidak pelik jika sudah ada penyokong merestui penghijrahan Rahadiazli ke kelab lain jika penjaga gol muda tersebut mendapat tawaran untuk menyarung jersi baharu pada musim depan.

isi dalam

Rahadiazli masih tidak tampil dalam sebarang perlawanan Liga Super musim ini.

"Musim depan kalau ada tawaran dari negeri lain, jangan fikir panjang, terus terima. Duduk dalam pasukan negeri pun tidak beraksi sepanjang musim. Asyik diperam sahaha, sayang bakat terkubur begitu sahaja," kata penyokong Sang Penyu, Wizi Ganu.

"Kasihan Abe tidak dapat peluang langsung, asyik-asyik duduk di bangku simpanan. Apa-apa pun semoga maju jaya Rahadiazli," komen salah seorang penyokong Terengganu, Bunga Anggerik.

"Saya rasa pengurusan TFC tidak mahu lepaskan Abe sebab dalam pasukan perlu ada tiga penjaga gol. Cuma jurulatih mesti pandai buat sistem penggiliran, sekurang-kurangnya lima perlawanan tukar penjaga gol," tambah penyokong TFC, Mohd Salleh Lebar.

kjg;lkjg;oiykjh;;l

Suhaimi masih kekal menjadi pilihan utama Terengganu pada musim ini.

Terdahulu, bekas ketua jurulatih Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baharu susulan kesukarannya untuk bersaing minit permainan bersama Suhaimi Husin.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas menjelaskan bahawa mereka tidak akan melepaskan khidmat Rahadiazli walaupun secara pinjaman dan disebabkan itu, dia masih kekal memanaskan bangku simpanan Terengganu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram