'Sama macam abang', kekalahan skuad B-17 ceritakan masa depan bola sepak


  • Podium
  • Rabu, 23 Okt 2024

Sebahagian aksi antara pemain kebangsaan (jersi kuning) yang cuba memberi saingan kepada pasukan lawan namun gagal meraih kemenangan dalam perlawanan pertama Kumpulan H.

MALAYSIA membuka tirai kempen kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2025 dengan langkah kiri apabila tewas dalam perlawanan pertama.

Skuad bimbingan Javier Jorda Ribera itu terpaksa akur akan kekuatan Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila tewas 0-2 dalam aksi kumpulan H pada Rabu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di New Laos National Stadium, Vientiane, Laos itu menyaksikan skuad kebangsaan membenarkan dua gol menembusi pintu gawang yang gagal dijaga kemas oleh Naqqiuddin.

BACA LAGI: [VIDEO] Semangat The Engineer sanggup bertongkat tak sia-sia, Selangor FC belajar kesilapan kalahkan Jeonbuk hanya dengan 10 pemain

BACA LAGI: 'Lama tunggu peluang begini', bekas pemain negara hampa badminton tak dipilih ke Sukan Komanwel

WhatsApp Image 2024-10-23 at 23.29.50

Skuad B-17 Malaysia terpaksa akur apabila tewas kepada Emiriah Arab Bersatu.

Dua jaringan yang berjaya dicetak oleh pemain Emeriah Arab Bersatu adalah menerusi Mayed Adel Khamis dan Mohamed Buti Almarar pada babak pertama perlawanan.

Susulan kekalahan tersebut, ramai penyokong menganggap bahawa skuad B-17 kebangsaan itu seakan-akan mengikuti nasib malang skuad Harimau Malaya.

Skuad senior sebelum ini terpaksa menelan pahit apabila tumpas 0-4 kepada New Zealand dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 baru-baru ini.

Kekalahan besar yang ditanggung skuad senior itu sukar untuk diterima penyokong walaupun lawan yang mereka hadapi jauh lebih berkualiti dengan ramai pemain beraksi di Eropah.

"Sama macam abang-abang dia, prestasi sudah ke laut," kata Faizal Faizal.

"Dari junior hingga senior dan semua pengurusan tiada kualiti, bubar sajalah bola sepak Malaysia," kata Famierul Amie.

"Boleh nampak sudah masa depan bola sepak Malaysia macam mana, skuad adik abang sama saja, kalah terus," kata Fairol Romero.

Selepas ini, skuad B-17 akan bertemu Laos yang merupakan tuan rumah bagi perlawanan kedua Kumpulan H pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram