[VIDEO] Atlet perempuan cipta kejutan kalahkan lawan lelaki dalam acara gusti di Amerika Syarikat


  • Podium
  • Rabu, 23 Okt 2024

Aksi pertarungan gusti antara dua jantina dimenangi oleh atlet perempuan.

LAZIMNYA dalam sukan, setiap acara yang dipertandingkan akan diasingkan mengikut pelbagai kategori sama ada ia acara individu atau berpasukan.

Tapi yang pasti, setiap acara akan diasingkan mengikut jantina iaitu lelaki dan perempuan.

Namun begitu, berbeza caranya di Amerika Syarikat apabila mereka sering mempunyai acara campuran melibatkan kedua-dua jantina termasuklah dalam kategori individu.

BACA LAGI: 'Insya-ALLAH recovery fast', janji The Engineer pujuk fans Gergasi Merah

BACA LAGI: [VIDEO] Cemburu tak dapat air lepas latihan, Jojo bergurau mahu cari keluarga angkat

Dalam sebuah video yang tular di X (Twitter), terdapat sebuah rakaman acara gusti melibatkan atlet perempuan menentang atlet lelaki dalam pertandingan satu lawan satu.

Video yang dipercayai berlaku di Amerika Syarikat itu menyaksikan atlet perempuan itu bertarung sengit dengan atlet lelaki hingga dia berada di bahagian atas badan lawannya itu.

Atlet lelaki itu cuba keluar daripada situasi tersebut namun ia tidak membawa hasil hinggalah dia terpaksa menurunkan lawannya itu ke lantai gelanggang apabila masa pertarungan tamat.

Apabila keputusan diumumkan, tangan atlet perempuan itu diangkat menandakan dia berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan lawannya yang berjantina lelaki.

Acara campuran lelaki menentang perempuan dalam sukan adalah perkara biasa di Amerika Syarikat dengan gusti adalah salah satu pertandingan yang menerapkan format tersebut.

Malah dalam acara berpasukan seperti bola lisut dan bola sepak sudah diterapkan acara campuran melibatkan kedua-dua jantina. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram