[VIDEO] Tak sengaja cipta gol ‘epik’ ketika mengerang kesakitan, sayangnya jaringan pemain remaja liga amatur Thailand tak dikira angkara ofsaid


  • Podium
  • Rabu, 23 Okt 2024

Tangkap layar seorang pemain mengerang kesakitan di hadapan pintu gawang selepas bola terkena muka dalam satu perlawanan bola sepak di Thailand. — Agensi

AKSI sebuah perlawanan bola sepak liga amatur melibatkan sekumpulan pemain remaja di Thailand meraih perhatian warga maya sejak Rabu.

Ia susulan jaringan gol 'epik' yang dijaringkan secara tidak sengaja oleh salah seorang jaguh kampung, menjadi bahan jenaka netizen.

Rakaman itu juga sempat dirakam penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut dan dikongsikan di media sosial.

BACA LAGI: 'Boleh menang tapi jadi seri' legend Selangor gesa Nidzam Jamil atasi masalah konsistensi

BACA LAGI: Pengamal media tuntut penjelasan rasmi pegawai Selangor didakwa hambur kata kesat

Berdasarkan klip video tersebut, seorang pemain pada awalnya tidak sengaja tertendang bola itu ke arah muka apabila cuba menendang bola ke pintu gawang sekali gus menyebabkan dia terduduk kesakitan.

Di saat pemuda itu mengerang kesakitan betul-betul di hadapan gawang gol, rakan-rakan yang lain tetap sahaja meneruskan perlawanan seperti biasa.

Tidak lama kemudian, seorang rakan sepasukannya bertindak menendang bola ke arah remaja itu lalu terkena kepalanya.

Lebih menarik, bola tersebut dilihat melantun terus ke dalam gawang gol dan turut dilihat beberapa rakannya terus meluru ke arahnya meraikan kemenangan itu.

Namun, difahamkan gol tersebut tidak dikira kerana dia dilihat berada dalam kedudukan ofsaid sekali gus menambah 'kesakitan' pemain tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram