[VIDEO] Dua pelajar Politeknik parah, kereta hilang kawalan sebelum rempuh pokok di Arau


  • Tular
  • Isnin, 21 Okt 2024

Dua pelajar Politeknik PTSS cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada Isnin.

DUA pelajar politeknik dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Ulu Pauh dekat Arau, Perlis pada Isnin.

Difahamkan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar lelaki Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp, kenderaan yang dipandu mangsa dilihat hilang kawalan sebelum melanggar sebuah pokok sehingga menyebabkan kedua-duanya mengalami cedera parah di badan.

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang motor parah, kereta tiba-tiba himpit di lorong kanan Lebuhraya Kajang SILK

BACA LAGI: Bukan sekadar terbangkan pesawat, juruterbang bomba bertarung antara elemen alam dan takdir di angkasa

Turut tular satu video memaparkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian penumpang.

Keadaan kereta itu juga remuk teruk dan kelihatan beberapa orang awam mengerumuni tempat kejadian.

"Kemalangan di Lebuhraya Arau ke Changlun sebelum naik flyover berhampiran SMK Tengku Budriah dekat Arau awal pagi Isnin.

"Kereta dalam keadaan teruk akibat kemalangan dan bomba sedang memotong besi kereta untuk mengeluarkan mangsa," tulis Nor Fazzlan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan mana-mana pihak yang terlibat mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram